
Pemergian Muhammad Haneef kehilangan besar buat keluarga persilatan - Fadillah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Pemergian Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS) Tuan Guru Muhammad Haneef Ali semalam merupakan kehilangan besar buat seluruh keluarga persilatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. (Astro Awani (BM), 06:30)
Read the reporting
1 report
Pemergian Muhammad Haneef kehilangan besar buat keluarga persilatan - Fadillah
KUALA LUMPUR: Pemergian Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS) Tuan Guru Muhammad Haneef Ali semalam merupakan kehilangan besar buat seluruh keluarga persilatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang juga Guru Utama Seni Silat Helang Putih Perkasa Sarawak.
“Jasa, ilmu, bimbingan dan khidmat bakti Allahyarham akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.
“Salam Takziah. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat memilukan ini,” katanya.
Fadillah turut mendoakan agar Allahyarham diampunkan, dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta mendapat keredaan Allah SWT.
Menurut laporan DayakDaily yang memetik kenyataan RSS, Muhammad Haneef meninggal dunia pada 12.27 tengah pada usia 78 tahun.
Allahyarham yang dilahirkan di Miri mula mempelajari silat pada usia sembilan tahun dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung RSS dari 1987 hingga 2014 sebelum menerajui pertubuhan itu sebagai presiden hingga akhir hayatnya.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia persilatan, Allahyarham turut berkhidmat sebagai Naib Presiden II Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dari 1994 hingga 1996 serta sebagai pengadil dan juri kebangsaan.
Sumbangan Allahyarham turut diiktiraf menerusi Anugerah Jasamu Dikenang daripada PESAKA Malaysia pada 2024.
-- BERNAMA
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Astro Awani (BM)) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)06:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Astro Awani (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
