
25,000 pas Coursera habis dilanggan - MyDIGITAL Corporation
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Sebanyak 25,000 lesen Coursera di bawah inisiatif Pas Pembelajaran Global Rakyat Digital habis dilanggan berikutan permintaan tinggi orang ramai. (Berita Harian, 18:54)
Read the reporting
1 report
25,000 pas Coursera habis dilanggan - MyDIGITAL Corporation
KUALA LUMPUR: Sebanyak 25,000 lesen Coursera di bawah inisiatif Pas Pembelajaran Global Rakyat Digital habis dilanggan berikutan permintaan tinggi orang ramai.
MyDIGITAL Corporation dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pendaftaran masih dibuka, dengan pemohon baharu akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu keutamaan bagi kohort kedua.
Ia berkata, kumpulan lesen seterusnya akan ditawarkan sebaik saja lesen tambahan tersedia.
"Inisiatif yang dibiayai sepenuhnya kerajaan itu dilaksanakan Kementerian Digital menerusi MyDIGITAL Corporation dengan menyediakan akses percuma selama tiga bulan kepada lebih 16,000 kursus, projek berpandu dan sijil profesional di platform Coursera.
"Program itu menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi Negara AI menjelang 2030, Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) dan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030," katanya.
Sebanyak 100,000 pas Coursera percuma ditawarkan secara berperingkat dalam tempoh setahun.
Dilancarkan pada 16 September 2026 di bawah inisiatif Rakyat Digital, program itu bertujuan memperluas akses kepada kemahiran AI dan digital serta memperkasa lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyertai ekonomi digital.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web www.rakyatdigital.gov.my atau mengikuti platform media sosial rasmi MyDIGITAL Corporation.
Rakyat Digital ialah platform pembelajaran digital kebangsaan oleh MyDIGITAL Corporation yang menyediakan modul percuma berkaitan literasi digital dan kesedaran AI kepada rakyat Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.