
PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MELAKA - Seorang bekas Ketua Menteri Melaka dikhabarkan bakal bertanding atas tiket PH di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Sumber memaklumkan, pemimpin berkenaan dijangka mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Amirudin Shari, Jumaat ini bagi memuktamadkan perkara itu.Menurut sumber itu, dikatakan bekas pemimpin berkenaan mahu bertanding di DUN Sungai Udang selepas PH belum menemukan calon yang sesuai bertanding kerusi tersebut."Mungkin juga ada calon yang mahukan kerusi itu tapi pimpinan PH mahukan (Sinar Harian, 20:29)
Read the reporting
2 reports
DUN Sungai Udang jadi taruhan bekas Ketua Menteri Melaka
MELAKA: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menjadi tumpuan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dikatakan berminat untuk bertanding di kawasan itu mewakili Pakatan Harapan (PH) menerusi PKR.
Menurut sumber, Idris masih mempunyai pengaruh dan 'nama besar' di DUN Sungai Udang, kawasan yang pernah diwakilinya sebelum ini.
Pada PRN lalu, beliau bertanding di DUN Asahan atas tiket PKR dalam gabungan PH, namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fairul Nizam Roslan dalam pertandingan enam penjuru.
Sekiranya hasrat itu menjadi kenyataan, beliau mungkin berdepan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin dan bekas wakil rakyat Paya Rumput.
Sebelum ini, Rais dilaporkan memohon peluang daripada warga Sungai Udang untuk terus berkhidmat di kawasan itu selepas tiga tahun menjadi Penyelaras DUN berkenaan.
Sumber berkata, pertemuan di antara Idris dengan Pengarah Pilihan Raya PH yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, mungkin berlangsung Jumaat ini.
Setakat ini, PKR dan PH belum mengumumkan secara rasmi calon bagi DUN Sungai Udang pada PRN akan datang.
Pada PRN Melaka 2021, kerusi DUN Sungai Udang dimenangi calon Perikatan Nasional (PN) Dr Mohd Aleef Yusof, dengan majoriti 530 undi dalam pertandingan empat penjuru selepas memperoleh 6,789 undi termasuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang meraih 6,259 undi.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian20:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.