Malaysian Attention Engine
Live wire
53Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing53Business : Budget 2027 Measures Expected To Support Homeownership, Property Market Growth50General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption47General : F1 Success Shows Unity Is One Of Malaysia's Greatest Strengths - Anwar47Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM45General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon45Business : Minimum Wage Increase Important Labour Market Reform - EPF45Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan45Kerajaan perlu lebih agresif perkukuh kerjasama awam-swasta: penganalisis ekonomi44General : KHUP5 Brings Together Information, Services And Expertise To Help Prospective Haj Pilgrims44General : RM240 Million Allocated For Preparations To Host 2027 SEA Games And Asean Para Games – PM Anwar44Business : DRB-Hicom Welcomes RM5 Mln Tax Deduction Incentive For AHTV Under Budget 2027
NewConfirmedupdated 48 min ago

555 titik panas dikesan, Indonesia perhebat operasi pemadaman

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
31
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 20:10 MYTLatest activity 9 Oct, 20:39BMconfidence 81%

What happened

PETALING JAYA: Sebanyak 555 titik panas dikesan di lima wilayah Indonesia ketika negara itu memperhebat operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah bagi mengurangkan kesan jerebu merentas sempadan. (Utusan Malaysia, 20:10)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Indonesia sudah padamkan 75 peratus kawasan kebakaran - Kedutaan Besar

By Noor Atiqah Sulaiman · 9 Oct, 20:27 MYT

KUALA LUMPUR: Indonesia memadamkan kira-kira 75 peratus kawasan sasaran kebakaran hutan dan tanah, membabitkan 560.60 hektar daripada keseluruhan 748.04 hektar.

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, kerajaan Indonesia terus mempergiat operasi pemadaman di enam wilayah keutamaan bagi mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan.

"KBRI Kuala Lumpur menyampaikan keprihatinan mendalam dan rasa empati kepada kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia susulan kesan kebakaran hutan dan tanah, khususnya kemerosotan kualiti udara dan jerebu yang mengganggu aktiviti harian serta berpotensi menjejaskan kesihatan penduduk di beberapa kawasan di Malaysia.

"Kerajaan Indonesia menyedari sepenuhnya kepentingan kualiti udara bersih terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

"Sehubungan itu, semua agensi berkaitan di Indonesia terus melaksanakan operasi di lapangan bagi menangani dan memadamkan titik api secepat mungkin untuk meminimumkan kesan jerebu rentas sempadan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 180, ditutup mulai hari ini selepas beberapa negeri mengalami cuaca buruk akibat jerebu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata penutupan itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, supaya keselamatan serta kesihatan murid dan warga pendidikan diberi keutamaan susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Kenyataan KBRI berkata, berdasarkan pemantauan sehingga 6 Oktober lalu, sebanyak 555 titik panas berisiko tinggi dikesan menerusi sistem Sipongi yang mengintegrasikan data tiga satelit utama, iaitu Terra/Aqua, NOAA20 dan SNPP.

Daripada pemantauan itu, Kalimantan Tengah merekodkan jumlah tertinggi dengan 336 titik panas, diikuti Sumatera Selatan (142); Kalimantan Barat (48); Kalimantan Selatan (28) dan Jambi (satu).

Daripada jumlah itu, sebanyak 193 titik api aktif dikenal pasti dengan sasaran kawasan pemadaman seluas 748.04 hektar.

Operasi pemadaman membabitkan pasukan darat dan udara, termasuk penggunaan 15 pesawat bagi operasi pengubahsuaian cuaca serta pembenihan awan, selain 35 helikopter untuk pengeboman air di kawasan kebakaran.

Kerajaan Indonesia turut menetapkan status darurat di Kalimantan Tengah, manakala tujuh wilayah lain, termasuk Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur, berada pada tahap siap siaga darurat bersama Nusa Tenggara Barat.

Dalam aspek penguatkuasaan, Polis Republik Indonesia (POLRI) mengendalikan 247 laporan polis membabitkan individu dengan 198 suspek ditetapkan, selain memproses 97 laporan polis terhadap syarikat.

Sementara itu, Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan tindakan pentadbiran terhadap 26 pihak, termasuk lima pembatalan lesen perniagaan, 13 penggantungan lesen dan lapan tindakan berbentuk teguran bertulis atau arahan pemulihan.

Sebanyak 46 pihak turut berdepan proses pengendalian kesalahan jenayah dengan 17 pada peringkat siasatan awal dan 27 pada peringkat penyiasatan, termasuk lima syarikat serta 22 individu.

Bagi mengukuhkan usaha pencegahan, Indonesia turut memperluas pembasahan semula tanah gambut, menggalakkan kaedah pembukaan tanah tanpa pembakaran serta memperkukuh kesiapsiagaan kemudahan kesihatan di kawasan terjejas.

KBRI berkata, Indonesia menyambut baik pengukuhan kerjasama dengan Malaysia dan negara lain dalam menangani jerebu rentas sempadan, selain komited mempertingkat komunikasi serta pertukaran maklumat berkaitan operasi membendung kebakaran hutan dan tanah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 3 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47first news pick-upNEWnow21:00
Latest 21:19 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 20:10 MYT
Origin confidence 90% · 17 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    20:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.