
Kerajaan perlu lebih agresif perkukuh kerjasama awam-swasta: penganalisis ekonomi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kerajaan perlu lebih agresif perkukuh kerjasama awam-swasta: penganalisis ekonomi (Berita Harian, 21:10)
Read the reporting
2 reports
Belanjawan 2027: 'Perlu seimbang perbelanjaan, kutipan hasil negara' -Pakar ekonomi
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kerajaan perlu mengimbangi perbelanjaan negara dengan usaha mengurangkan defisit fiskal serta memperkukuh kutipan hasil bagi memastikan kemampanan kewangan negara dan mengelakkan beban hutang terus ditanggung generasi akan datang.
Penganalisis Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mustaza Mansur berkata, usaha mengawal defisit perlu dilaksanakan seiring dengan langkah meningkatkan hasil negara bagi memastikan perbelanjaan kerajaan kekal mampan dalam jangka panjang.
Beliau berkata, defisit fiskal yang tinggi akan meningkatkan keperluan kerajaan untuk berhutang serta menambah beban pembayaran faedah yang akhirnya boleh menjejaskan kedudukan kewangan negara.
"Bagi saya, cukuplah dari segi kemampanan. Kalau boleh, jangan terlalu banyak defisit. Apabila defisit tinggi, hutang semakin banyak dan kita bimbang satu hari nanti bukan kita yang menanggungnya, tetapi cucu cicit kita," katanya ketika mengulas Belanjawan 2027 dalam program khas pembentangan belanjawan di TV3, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu bekerja lebih keras dan mengemukakan cadangan bagi meningkatkan kutipan hasil negara.
Katanya, usaha berkenaan penting ketika Malaysia terus menarik pelaburan asing yang turut menerima pelbagai insentif termasuk pengecualian cukai bagi menggalakkan aktiviti pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan pelaburan yang diterima mampu menyumbang kepada hasil negara dalam jangka panjang apabila syarikat berkenaan terus beroperasi dan menjalankan perniagaan di Malaysia.
Mengulas risiko sekiranya kutipan hasil tidak mencapai sasaran, Mustaza berkata, kerajaan perlu mempunyai pelan kontingensi bagi memastikan keutamaan perbelanjaan dapat diteruskan tanpa menjejaskan kedudukan fiskal negara.
Katanya, langkah penjimatan dalaman sudah mula dilaksanakan termasuk mengehadkan perjalanan kakitangan awam ke persidangan di luar negara serta mengutamakan mesyuarat secara dalam talian bagi mengurangkan perbelanjaan operasi.
"Kerajaan sedang berjimat dan penjimatan itu boleh disalurkan kepada rakyat. Jika hasil tidak mencapai sasaran, kerajaan perlu memikirkan langkah kontingensi yang sesuai," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah peruntukan atau nilai wang semata-mata sebaliknya perlu mengambil kira kesan pelaksanaannya terhadap kehidupan rakyat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.