
69 warga asing termasuk 36 Rohingya ditahan memandu secara haram
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA TERENGGANU – Seramai 69 warga asing termasuk 36 etnik Rohingya ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Warga Asing (Ops Pewa) sejak 28 September lalu. (Kosmo!, 16:20)
Read the reporting
1 report
36 Rohingya ditahan memandu secara haram di Terengganu
KUALA TERENGGANU – Seramai 69 warga asing termasuk 36 etnik Rohingya ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Warga Asing (Ops Pewa) sejak 28 September lalu.
Operasi yang diadakan di sekitar bandar raya ini dan Kuala Nerus turut menyita sebanyak 68 kenderaan meliputi 45 motosikal, kereta (17) dan lain-lain (enam).
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd. Zamri Samion berkata, operasi yang berakhir hari ini turut menahan enam warga Bangladesh, China (9) Indonesia (7), Pakistan (5), Thailand (1) dan lain-lain (5).
“Sebanyak 315 saman dan dua notis kompaun dikeluarkan terhadap mereka atas pelbagai kesalahan trafik.
“Antara kesalahan utama yang dikesan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Terengganu di sini, hari ini.
Mohd. Zamri berkata, siasatan awal mendapati kebanyakan motosikal yang disita tersebut disewa oleh warga asing terbabit terutamanya etnik Rohingya daripada penduduk tempatan.
Jelas beliau, kereta pula dibeli secara ansuran juga daripada warga tempatan tanpa melakukan penukaran nama.
“Perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk tempatan tersebut menyukarkan penguatkuasaan terhadap perbuatan warga asing terutama dari Myanmar memandu kereta dan menunggang motosikal secara haram,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post 36 Rohingya ditahan memandu secara haram di Terengganu appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!16:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.