Malaysian Attention Engine
Live wire
51Business : Budget 2027 Measures Expected To Support Homeownership, Property Market Growth50General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption50Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan49Suara pelajar, harapan untuk Belanjawan 202747World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia45Business : Minimum Wage Increase Important Labour Market Reform - EPF45Penamatan sistem doktor kontrak perlu telus, garis masa jelas dan adil - Hartal Doktor Kontrak44Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan43Kerajaan perlu lebih agresif perkukuh kerjasama awam-swasta: penganalisis ekonomi43Business : DRB-Hicom Welcomes RM5 Mln Tax Deduction Incentive For AHTV Under Budget 202742General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar41Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor
NewConfirmedupdated 10 h ago

Man United, Tottenham terdesak menang

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
14
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 10:07 MYTLatest activity 9 Oct, 10:58BMconfidence 80%

What happened

MANCHESTER: Manchester United dan Tottenham amat memerlukan kemenangan apabila bertembung dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford esok, manakala Arsenal berusaha bangkit di laman sendiri menentang Leeds selepas mengalami kekalahan yang jarang berlaku. (Berita Harian, 10:07)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Man United, Tottenham terdesak menang

By AFP · 9 Oct, 10:07 MYT

MANCHESTER: Manchester United dan Tottenham amat memerlukan kemenangan apabila bertembung dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford esok, manakala Arsenal berusaha bangkit di laman sendiri menentang Leeds selepas mengalami kekalahan yang jarang berlaku.

Berikut aksi tumpuan apabila saingan liga utama England kembali bersambung selepas rehat antarabangsa selama tiga minggu.

Transformasi Manchester City menjadi kuasa dominan bola sepak England sejak pengambilalihan yang disokong Abu Dhabi, 18 tahun lalu, memberi kesan besar kepada Liverpool berbanding kebanyakan kelab lain.

Pertuduhan terhadap City meliputi tempoh antara tahun 2009 hingga 2018. Namun, asas kejayaan yang dibina sepanjang tempoh itu membolehkan mereka terus mendominasi Liga Perdana Inggeris sepanjang sebahagian besar era kendalian Pep Guardiola selepas itu.

Liverpool kendalian Jurgen Klopp dua kali terlepas peluang menjulang kejuaraan liga kepada pasukan Guardiola walaupun mengumpul lebih 90 mata.

Persaingan merebut gelaran juara England sepanjang sedekad lalu menjadikan pertemuan kedua-dua pasukan antara aksi paling dinanti dalam Liga Perdana Inggeris. Perhatian peminat bola sepak dunia sekali lagi tertumpu ke Anfield pada Ahad.

City memenangi setiap perlawanan sejak Enzo Maresca menggantikan Guardiola, namun cabaran mereka memburu kejuaraan berkemungkinan terjejas akibat hukuman, melainkan mereka berjaya mengetepikan keputusan suruhanjaya bebas.

Liverpool pula mahu mengambil kesempatan daripada ketidaktentuan yang melanda City untuk menghidupkan semula kempen mereka.

Andoni Iraola masih belum tewas sejak dilantik sebagai pengendali Liverpool, tetapi keputusan seri menentang Newcastle, Nottingham Forest dan Fulham menyaksikan The Reds ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga.

"Saya fikir ini perlawanan besar dan semua orang tidak sabar untuk bermain, menonton serta menjadi sebahagian daripada perlawanan ini.

"Kami tahu perlu mempamerkan aksi terbaik dan saya juga tahu penyokong akan berusaha membantu pasukan," kata Iraola.

Skandal City mengalihkan perhatian daripada permulaan musim yang sukar bagi jiran mereka, Manchester United.

United hanya mengutip lima mata daripada lima perlawanan awal yang pada mulanya dilihat mampu memberikan permulaan baik, dan kini bakal mengharungi jadual lebih mencabar.

Hanya beberapa bulan selepas dilantik sebagai pengendali tetap, Michael Carrick kini menjadi individu terkini yang berdepan penelitian terhadap kemampuannya memulihkan prestasi kelab gergasi England itu.

Selepas menerima kunjungan Tottenham esok (awal pagi Ahad), The Red Devils akan berdepan Atletico Madrid, Leeds dan Como dalam tempoh sembilan hari. Mereka turut dijadual menentang Chelsea, Roma dan Aston Villa sebelum rehat antarabangsa bulan depan.

Tottenham membelanjakan lebih 300 juta pound (RM1,575 juta) untuk mendapatkan pemain baharu sepanjang jendela perpindahan, tetapi masih menghuni tangga tercorot liga selepas hanya mengutip dua mata daripada lima perlawanan pertama.

Arsenal, juara bertahan, mahu bangkit apabila menerima kunjungan Leeds di Emirates dalam aksi pembukaan awal pada Sabtu.

Permulaan sempurna The Gunners musim ini berakhir dengan mengejut apabila mereka tewas 3-0kepada Brighton dalam perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, perkembangan kes City mengukuhkan kedudukan Arsenal sebagai pilihan utama syarikat pertaruhan untuk mempertahankan kejuaraan.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2030 minggu ini dan bertekad menjadikan kejuaraan liga pertama kelab itu dalam tempoh 22 tahun sebagai permulaan era gemilang buat kelab utara London berkenaan.

"Ini hanyalah permulaan kepada apa yang mampu kita capai bersama," kata pengendali dari Sepanyol itu.

Jadual perlawanan (waktu Malaysia)

Esok

Arsenal lwn Leeds (7.30 mlm)

Aston Villa lwn Brentford (10 mlm)

Chelsea lwn Bournemouth (10 mlm)

Ipswich lwn Fulham (10 mlm)

Sunderland lwn Brighton (10 mlm)

Ahad

Manchester United lwn Tottenham (12.30 pg)

Crystal Palace lwn Nottingham Forest (9 mlm)

Hull lwn Everton (9 mlm)

Liverpool lwn Manchester City (11.30 mlm)

Selasa

Coventry lwn Newcastle (3 pg)

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34first news pick-upNEWnow11:0014:0017:0020:00
Latest 21:54 MYT
14New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 10:07 MYT
Origin confidence 90% · 51 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Man United, Tottenham terdesak menang
Berita HarianNewsmainstreamBM
Tekanan memuncak buat United, Spurs
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Man United, Tottenham terdesak menang · Malaysian Attention Engine