
76 hari cuti sakit, jurutera dapat RM7,235
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Caruman sekitar RM15 hingga RM40 sebulan menerusi Lindung 24 Jam mampu menjadi talian hayat apabila kemalangan tidak diduga menyebabkan pekerja kehilangan pendapatan. (Kosmo!, 09:46)
Read the reporting
1 report
76 hari cuti sakit, jurutera dapat RM7,235
PETALING JAYA – Caruman sekitar RM15 hingga RM40 sebulan menerusi Lindung 24 Jam mampu menjadi talian hayat apabila kemalangan tidak diduga menyebabkan pekerja kehilangan pendapatan.
Jurutera sokongan teknologi maklumat, Putra Zainudin berkata, caruman kira-kira RM40 sebulan yang dibayarnya sebelum ini terbukti berbaloi selepas kemalangan pada Julai lalu menyebabkan dia menerima cuti sakit selama 76 hari dan tidak dapat bekerja seperti biasa.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 4 pagi, 11 Julai lalu ketika Putra, 38, dalam perjalanan pulang selepas selesai menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran sekitar Damansara.
“Malam itu jalan lengang, tak perasan ada bonggol dan jalan berpasir dan kemudian motosikal saya hilang kawalan dan saya terus terjatuh.
“Mula ingat kecederaan biasa, ada la pedih-pedih luka sebab saya tertiarap jatuh motor, kemudian pemeriksaan di klinik mendapati ibu jari kaki patah dan terus dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad.
Putra berkata, kecederaan pada kakinya bukan sahaja mengehadkan pergerakannya, malah menjejaskan rutin pekerjaan serta kewangan keluarga apabila tempoh cuti sakitnya mencecah 76 hari.
Pada awalnya, bapa kepada tiga cahaya mata itu tidak terfikir untuk membuat tuntutan menerusi Lindung 24 Jam sebelum dia teringat mengenai skim berkenaan selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan.
Menurutnya, urusan tuntutan turut dipermudahkan dengan bantuan pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menghubunginya serta menerangkan dokumen diperlukan termasuk laporan polis, sijil cuti sakit, slip gaji dan maklumat akaun bank.
Hasil tuntutan itu, Putra menerima RM7,235.20 bagi tempoh ketidakupayaan sementara, dengan bayaran diselesaikan dalam tempoh kurang dua bulan.
“Tak sangka saya dapat sampai RM7,000. Bila dapat duit itu, membantu saya tampung semula kos perubatan, ubat dan juga keperluan keluarga.
“Kalau macam saya, saya bayar kira-kira RM40 sebulan dengan pendapatan gaji bulanan sekitar RM5,000. Kira macam duit makan saya seharian saya bayar untuk caruman tetapi nilai saya dilindungi berkali ganda,” katanya.
Sebanyak 10,424 tuntutan direkodkan menerusi skim Lindung 24 Jam dalam tempoh empat bulan pertama pelaksanaannya.
Sementara itu, b agi pekerja swasta, Nurul Shahira Mat Desa pula, caruman LINDUNG 24 Jam yang kurang RM15 sebulan menjadi sandaran ketika dia berdepan kehilangan pendapatan selepas kemalangan yang berlaku ketika berada di hospital menjaga bayinya berusia 10 bulan yang menerima rawatan akibat jangkitan RSV.
Ketika waktu melawat, Nurul Shahira, 28, terpaksa menggunakan tangga selepas lif penuh sebelum tersadung dan terjatuh sehingga tidak mampu berdiri, menyebabkan kakinya terpaksa disimen.
“Saya terpaksa disimen dan saya tidak dapat bekerja seperti biasa, sedangkan tempoh cuti sakit berbayar yang diperuntukkan majikan hanya 18 hari. Lain-lain cuti saya dikira unpaid leave (cuti tidak dibayar).
“Pendapatan saya pastinya terjejas, kehilangan komisen sebab kerja sebagai merchandiser bergantung sebahagiannya kepada prestasi jualan,” katanya.
Bercerita lanjut, Nurul Shahira berkata, selepas beberapa minggu dan apabila sudah mempunyai keupayaan untuk bergerak, dia segera ke pejabat Perkeso untuk mendapatkan penerangan mengenai LINDUNG 24 Jam sebelum membuat tuntutan.
“Saya lupa pasal LINDUNG 24 Jam pada mulanya. Lepas dua tiga minggu, bila dah boleh bawa kereta selepas buka simen, saya pergi ke Perkeso untuk buat tuntutan,” katanya.
Nurul Shahira menerima bayaran pertama melebihi RM700 pada 2 Oktober lalu, manakala manfaat seterusnya bergantung kepada tempoh cuti sakit yang diluluskan, sekali gus sedikit sebanyak membantu menguruskan keperluan keluarga ketika pendapatannya terjejas.
“Ambil. Jangan tak ambil. Sebab bila kita tak ambil, kita tak tahu siapa nak tolong kita waktu kita macam ini.
“Berbaloi sangat. Benda ini kalau kita sokong…kita tak tahu musibah waktu bila nak datang. Mudah sangat,” katanya.
The post 76 hari cuti sakit, jurutera dapat RM7,235 appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.