Malaysian Attention Engine
Live wire
49General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor44Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan4313 lelaki ditahan baling bom petrol di penempatan Rohingya41General : KPDN Proposes Diesel Subsidy For Kudat-Pulau Banggi Ferry Operators41"Kalau orang tuduh saya munafik, saya balik demam terus" - Speaker39Govt ordered to return 497.82 bitcoin to 9 cheated in scheme37Saman fitnah: Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Teresa Kok37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful36Papagomo bebas, AGC sekali lagi mahu fail rayuan36Mahasiswa UM pertahan kenyataan isu derma Najib perkara ‘paling bodoh’
NewConfirmedupdated 2 h ago

778 sukarelawan universiti awam bantu mangsa banjir di Pangkor

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 17:25 MYTLatest activity 19 Oct, 17:25BMconfidence 80%

What happened

778 sukarelawan universiti awam bantu mangsa banjir di Pangkor (Harian Metro, 17:25)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

778 sukarelawan universiti awam bantu mangsa banjir di Pangkor

By Redzuan Muharam · 19 Oct, 17:25 MYT

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Manjung: Seramai 778 sukarelawan daripada 18 universiti awam seluruh negara digerakkan menerusi Misi Sukarelawan Mega @ Pangkor bagi membantu penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pangkor, di sini.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, misi itu membabitkan 625 penuntut dan 153 kakitangan yang hadir bagi menyampaikan 520 sumbangan berupa bakul makanan, toto, bantal dan makanan retort bagi meringankan beban mangsa yang terjejas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam berkata, pembabitan pelbagai universiti dalam misi berkenaan mencerminkan semangat kebersamaan institusi pendidikan tinggi dalam membantu masyarakat yang berdepan musibah.

"Semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh seluruh universiti awam hari ini membuktikan bahawa institusi pengajian tinggi tidak pernah terpisah daripada nadi masyarakat.

"Misi ini menterjemahkan solidariti kita untuk bersama-sama mendepani ujian yang dihadapi rakyat," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Banjir kilat itu berlaku susulan hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam bermula 4 pagi semalam, menyebabkan air naik dengan cepat sehingga memasuki kediaman penduduk sebelum beransur surut sekitar 9 pagi.

Menurut Md Amin, bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara teratur, sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan agihan bantuan.

Md Amin berkata, kerja pembersihan turut dijalankan dan membabitkan sekurang-kurangnya 150 unit rumah.

"Kawasan terbabit adalah Kampung Masjid yang terdiri daripada 100 rumah, Kampung Teluk Kecil (10 rumah) dan Kampung Sungai Pinang Besar (10 rumah).

"Tidak ketinggalan, Kampung Cina Sungai Pinang (30 rumah) dan Kampung Cina Pangkor," katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin berkata, penyelarasan menerusi Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) membolehkan tenaga sukarelawan daripada pelbagai universiti digembleng dalam tempoh singkat.

Beliau yang juga Pengerusi Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Awam berkata, pembabitan Pasukan ResQ UPSI bersama kekuatan logistik dan kepakaran dalam pembersihan bencana turut membantu melancarkan pergerakan serta operasi di lapangan.

"Penyelarasan pantas menerusi MASKUM membolehkan seluruh jaringan universiti awam digembleng secara sistematik dalam tempoh yang singkat.

"Kehadiran Pasukan ResQ UPSI bersama kekuatan logistik dan latihan khusus pembersihan bencana turut menjadi tulang belakang yang melancarkan pengurusan pergerakan serta operasi menyelamat di lapangan," katanya.

Dalam pada itu, wakil penuntut UPSI, Muhammad Hassan Sheikh Alrisid Movidin, 21, berkata kesediaan mahasiswa daripada pelbagai universiti untuk turun padang menunjukkan komitmen mereka dalam membantu masyarakat yang ditimpa musibah.

Katanya, kesanggupan sukarelawan untuk berkorban masa dan tenaga mencerminkan keprihatinan mahasiswa terhadap nasib penduduk yang terjejas.

Manakala, peserta misi daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Amir Hakimi Mohd Raizol, 20, berkata, pengalaman mengikuti misi berkenaan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow18:00
Latest 18:10 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 17:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.