/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/08/c534e1061735d3ff215dc6e32840f7d6.jpg)
Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Pihak pentadbiran istana berkata ia tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.… (Malaysiakini (BM), 12:31)
Read the reporting
2 reports
Istana Selangor serah polis siasat individu menyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda
am@hmetro.com.my
Klang: Pentadbiran Istana Selangor menyerahkan isu individu menyamar sebagai pengawal peribadi sulit kepada Raja Muda Selangor dengan memperdaya orang ramai kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Istana Alam Shah, Klang berkata, pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berkaitan individu terbabit.
Menurutnya, ia berkaitan kes memperdayakan orang awam mengenai urusan penjualan tanah dan kereta mewah untuk meraih keuntungan peribadi.
Katanya, pihak Istana Selangor memandang serius terhadap isu itu dan menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan menyeluruh dengan adil dan telus.
"Pihak istana juga tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam kes ini.
"Sehubungan itu, pihak Istana Selangor memohon kerjasama orang awam supaya membuat semakan dengan pihak pentadbiran istana berkaitan apa-apa dakwaan yang mengaitkan kedudukan individu terlibat dengan nama istana dalam membuat sebarang urusan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki didakwa memperdaya lebih 50 orang selepas menawarkan penjualan rumah murah menggunakan kuota kerabat diraja dan menjual kereta milik kerabat terbabit membabitkan kerugian dianggarkan lebih jutaan ringgit.
Seorang mangsa yang juga pelakon Dwan Hamid, 34, atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Shahul Hamid berkata, dia mula mengenali individu terbabit sejak 2023 di mana lelaki itu mendakwa kenalan rapat kepada juruiring (ADC) kerabat terbabit sehingga menyebabkan kerugian RM30,000 selepas ditawar pembelian rumah.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- 3 mentions in the last hour after none the hour before
- 4 independent sources, 4 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsMalaysiakini (BM)12:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Astro Awani (BM), Harian Metro, Malaysiakini (BM), Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.