
Ahli Parlimen Ketereh mahu jabatan veteran tentera dipindah ke JPM
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) turut mencadangkan penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) terima bantuan seperti diumumkan kepada pemandu teksi dan bas sekolah. KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) dicadang diasingkan daripada Kementerian Pertahanan dengan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mengurangkan birokrasi pengurusan kebajikan bekas anggota tentera. (Free Malaysia Today, 17:49)
Read the reporting
1 report
Ahli Parlimen Ketereh mahu jabatan veteran tentera dipindah ke JPM
Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) turut mencadangkan penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) terima bantuan seperti diumumkan kepada pemandu teksi dan bas sekolah. KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) dicadang diasingkan daripada Kementerian Pertahanan dengan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mengurangkan birokrasi pengurusan kebajikan bekas anggota tentera.
Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh), berkata jabatan itu juga perlu ditadbir bekas anggota tentera berkelayakan bagi memastikan urusan berkaitan veteran, termasuk pembayaran bantuan dan faedah persaraan dapat dilaksanakan lebih cekap.
Beliau berkata, masalah birokrasi antara perkara perlu diberi perhatian kerana masih terdapat aduan berhubung kelewatan bantuan kepada veteran ATM.
“Ramai bekas tentera ni ada PhD. Jangan main-main! Ramai (veteran) yang boleh. Ia bagi mengelakkan birokrasi yang berlaku seperti sekarang,” katanya di Dewan Rakyat.
Selain itu, beliau meminta kerajaan mempercepat pembayaran khairat kematian kepada waris veteran yang meninggal dunia.
Katanya, proses pemberian khairat itu tidak sepatutnya mengambil masa lama kerana bantuan berkenaan diperlukan keluarga untuk menguruskan pengebumian dan keperluan berkaitan.
Beliau turut menyeru urusan kemudahan rawatan hospital untuk veteran dipermudahkan melalui penyelarasan antara JHEV ATM dengan Kementerian Kesihatan.
Katanya, terdapat veteran yang mengadu terpaksa membayar kos rawatan ketika mendapatkan perkhidmatan hospital, sedangkan kemudahan sewajarnya perlu diberikan kepada mereka.
Beliau turut meminta kerajaan mempertimbangkan bantuan sekali beri kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM), seperti bantuan diumumkan untuk pemandu teksi dan bas sekolah.
Katanya, penerima PJM pernah menerima bantuan RM500 sekali beri pada 2023, namun tiada bantuan seumpamanya diumumkan tahun ini.
Katanya, kebajikan veteran perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana mereka pernah berkhidmat dan mempertaruhkan nyawa demi keselamatan negara.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today17:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
