Malaysian Attention Engine
Live wire
51Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching49Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara48Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar45Business : Kelington Secures RM128 Mln Contract For Data Storage Facility In Sarawak45DayOne secures additional RM15b financing for Johor data centre expansion44Business : IOI Properties' Potential SGX Listing Remains Under Evaluation43General : Refugees Who Entered Malaysia After January 2023 Not Eligible For DPP - Saifuddin Nasution43General : MLFF System To Adopt AI Technology - Nanta42KPDN kaji gubal undang-undang bendung 'ulat tiket'42Rumah Rohingya terbakar dibaling molotov, ada kaitan video cabar Melayu -Polis41General : Shift In Wind Flow Expected To Help Reduce Haze – Ahmad Zahid40MyKomuter50 pass for unlimited KTM rides could land by Dec 1, Loke says
NewConfirmedupdated 6 min ago

Malaysia belum terima petunjuk AS kenakan tarif terhadap semikonduktor

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 13:16 MYTLatest activity 13 Oct, 15:03BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Malaysia setakat ini belum menerima sebarang petunjuk daripada Amerika Syarikat (AS) mengenai kemungkinan pengenaan tarif terhadap eksport semikonduktor negara ke pasaran berkenaan. (Berita Harian, 13:16)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Malaysia belum terima petunjuk AS kenakan tarif terhadap semikonduktor

By Hazwan Faisal Mohamad · 13 Oct, 13:16 MYT

KUALA LUMPUR: Malaysia setakat ini belum menerima sebarang petunjuk daripada Amerika Syarikat (AS) mengenai kemungkinan pengenaan tarif terhadap eksport semikonduktor negara ke pasaran berkenaan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata tiada sebarang makluman diterima kerajaan yang menunjukkan Washington bercadang mengenakan tarif terhadap produk semikonduktor Malaysia.

"Setakat ini, tiada petunjuk bahawa AS akan mengenakan sebarang tarif terhadap semikonduktor dari Malaysia," katanya pada sidang media Hari Perniagaan EU-Malaysia 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada produk semikonduktor Malaysia akan terus menikmati pengecualian tarif daripada AS.

Mengulas perkembangan rundingan perdagangan dengan AS, Johari berkata, perbincangan di bawah Seksyen 301 membabitkan empat isu utama, iaitu buruh paksa, lebihan kapasiti pengeluaran, alam sekitar dan subsidi kerajaan.

Beliau berkata, Malaysia berada pada kedudukan yang baik dalam aspek pematuhan alam sekitar dan subsidi kerajaan kerana negara tidak menyediakan subsidi kepada syarikat semata-mata untuk mengeksport produk ke pasaran luar.

"Berhubung alam sekitar, kita berada pada kedudukan yang baik. Kita menjaga alam sekitar dan mematuhi keperluan yang ditetapkan negara maju.

"Dalam aspek subsidi kerajaan pula, kita jelas kerana tidak memberikan subsidi kepada syarikat untuk mengeksport ke negara lain," katanya.

Johari berkata, isu berkaitan buruh paksa juga sudah dimuktamadkan, dengan Malaysia dikenakan kadar 10 peratus berbanding 12.5 peratus bagi beberapa ekonomi lain, menurut penjelasannya mengenai rundingan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, isu lebihan kapasiti pengeluaran masih belum diselesaikan sepenuhnya, meskipun Malaysia menegaskan negara tidak berdepan masalah lebihan kapasiti domestik.

Beliau berkata, sekiranya terdapat isu lebihan kapasiti yang dikaitkan dengan eksport dari Malaysia, ia berkemungkinan berpunca daripada negara ketiga dan bukannya pengeluaran tempatan.

"Malaysia tidak mempunyai lebihan kapasiti. Jika terdapat lebihan kapasiti, ia mesti datang daripada negara ketiga dan bukannya negara ini," katanya.

Sehubungan itu, Johari berkata, Malaysia mahu pihak AS mengenal pasti negara yang dianggap mempunyai masalah lebihan kapasiti supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap negara mempunyai undang-undang dan keperluan tersendiri bagi membenarkan produk asing memasuki pasaran masing-masing.

Katanya, Malaysia perlu memenuhi keperluan berkenaan bagi memastikan produk tempatan dapat terus mengakses pasaran eksport antarabangsa.

"Mana-mana pasaran yang kita mahu masuki mempunyai kriteria dan undang-undang tersendiri yang perlu dipatuhi. Jika kita tidak mematuhinya, kita tidak boleh memasuki pasaran itu," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:0015:00
Latest 15:06 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 13:16 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:16

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Malaysia belum terima petunjuk AS kenakan tarif terhadap semikonduktor · Malaysian Attention Engine