Malaysian Attention Engine
Live wire
54King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period51Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi50General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon50Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok50World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia49Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat41Kontroversi KP AKPS: AGC pulangkan kertas siasatan, arah lengkapkan keterangan Shuhaily dan CCTV38PRN Melaka: Perbezaan pandangan kerjasama uji kesatuan PH, kata penganalisis37World : Iran And US Exchanged New Proposals For Negotiations, Pezeshkian Tells Putin36National Service to begin in Sarawak in July 20283512 politicians granted DNAAs in 19 cases since 201035Man City must ‘stick together’ during crisis, says Haaland
NewConfirmedupdated 5 h ago

Aina Abdul pertaruh lagu Bluest Sky, wakil negara ke Eurovision Asia

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 02:09 MYTLatest activity 9 Oct, 04:24BMconfidence 80%

What happened

Aina Abdul pertaruh lagu Bluest Sky, wakil negara ke Eurovision Asia (Harian Metro, 02:09)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Aina Abdul pertaruh lagu Bluest Sky, wakil negara ke Eurovision Asia

By Norhayati Nordin · 9 Oct, 02:09 MYT

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer, Aina Abdul, 33, menyifatkan dirinya sebagai atlet daripada industri hiburan yang terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan Eurovision Asia 2026 pada 14 November depan.

Aina atau nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani bakal berentap dengan penyanyi Asia lain yang mewakili negara masing-masing pada acara nyanyian berprestij itu yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand.

Ujar Aina, dia memilih untuk mempertaruhkan lagu terbaharu ciptaannya dalam bahasa Inggeris berjudul Bluest Sky yang diinspirasi daripada kisah sebenar mengenai luahan persaannya terhadap cinta dan kasih sayang.

"Selepas selesai Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) lalu, otak saya memang fikirkan Eurovision sahaja, dan sebenarnya tidak tidur malam juga sebab sibuk menghasilkan lagu yang agak banyak sudah saya cipta.

"Tetapi, lagu Bluest Sky ini yang istimewa dan jadi pilihan saya kerana melodi, susunan muzik dan liriknya dirasakan menepati elemen untuk Eurovision dengan kisah umpama surat cinta atau bahasa cinta daripada saya.

"Lagu ini juga memiliki elemen muzik nusantara yang saya ambil masa kira-kira sebulan untuk menyiapkannya, termasuk proses rakaman yang lama iaitu 10 jam berbanding lagu-lagu saya sebelum ini yang selesai dirakam dalam tempoh dua jam sahaja.

"Kali ini untuk lagu Bluest Sky memang saya lebih teliti dalam semua aspek kerana ia dipertaruh untuk mengharumkan nama Malaysia ke peringkat Asia yang bagi saya adalah peluang sangat bermakna, sekali dalam seumur hidup saya.

"Harapan saya agar lagu Bluest Sky ini juga dapat diterima baik oleh semua peminat dan pendengar muzik tanah air, dan kenapa saya memilih hasilkan liriknya dalam bahasa Inggeris kerana ia bahasa universal serta mudah difahami ramai," katanya.

Menurut Aina, keputusan dibuat itu bukan bermakna dia tidak mencintai bahasa Melayu, tetapi mengambil kira untuk membawa lagu Bluest Sky merentas pasaran luar negara dan peringkat antarabangsa.

Terdahulu, Aina ditemui pada sesi pra dengar eksklusif lagu Bluest Sky diadakan di Rex KL, Petaling Street, Kuala Lumpur pada petang ini dan lirik video lagu akan dimuatnaik di YouTube pada pagi esok.

Berbicara lanjut, Aina berkata dia juga berterima masih dengan pihak TV3 dan Media Prima Berhad (MPB) kerana sudi memilih dan memberi peluang besar kepadanya untuk bersaing membawa nama Malaysia di pentas Eurovision Asia 2026.

"Saya mohon doakan yang baik-baik buat saya kerana ini tanggungjawab berat yang saya harus galas untuk negara, dan dirasakan umpama saya adalah seorang atlet sukan tetapi dalam bidang hiburan. Semoga negara kita berjaya.

"Teruskan sokongan positif kalian semua terhadap lagu Bluest Sky ini dan saya sedia terima segala komen-komen ditinggalkan wargamaya dan harapnya biarlah kritikan itu yang baik-baik serta membina," katanya tenang.

Menurut Aina, bagi melancarkan segala persediaannya di Eurovision Asia 2026 itu nanti, dia menjangkakan akan membawa pasukan seramai lebih puluhan orang bagi memudahkan segala urusan, termasuk mungkin harus keluarkan bajet berpatutan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Text and pictures from Harian Metro, shown with attribution.Read at Harian Metro

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 22NEWnow08:0009:00
Latest 09:46 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 02:09 MYT
Origin confidence 90% · 135 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    02:09

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.