Malaysian Attention Engine
CoolingConfirmedupdated 1 h ago

Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
20
−100% / 60 min
Momentum
9
0 vs 3 mentions/h
Sources
3
3 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 9 Oct, 07:00 MYTLatest activity 9 Oct, 07:28BMconfidence 71%

What happened

PETALING JAYA: Tangani kenaikan kos sara hidup, naikkan gaji minimum, wujudkan lebih ba­nyak peluang pekerjaan dan perluas pemberian subsidi secara bersasar. (Utusan Malaysia, 07:00)

Read the reporting

3 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat

By Kamarulzaidi Kamis · 9 Oct, 07:08 MYT

kamarulzaidi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Rakyat dijangka menjadi antara penerima manfaat utama Belanjawan 2027 yang dibentangkan Jumaat ini, dengan bantuan tunai lebih besar, kemungkinan kelegaan cukai kepada golongan pertengahan, peningkatan pendapatan serta sokongan lebih menyeluruh bagi menangani kos sara hidup antara langkah yang dinantikan.

Selepas beberapa tahun kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, memperluas kutipan hasil dan memperkemas kewangan negara, beberapa firma penyelidikan melihat belanjawan kali ini sebagai peluang untuk memastikan pertumbuhan ekonomi serta hasil reformasi diterjemahkan dengan lebih nyata kepada kehidupan rakyat, tanpa mengabaikan usaha mengurangkan defisit fiskal.

Antara jangkaan paling konsisten ialah peningkatan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dengan CIMB Securities mengunjurkan jumlah peruntukan kedua-duanya boleh meningkat kepada sekitar RM17 bilion daripada RM15 bilion sebelum ini, selain kemungkinan pelepasan cukai pendapatan tertentu kepada isi rumah berpendapatan pertengahan.

BIMB Securities pula melihat bantuan tunai bersasar terus memainkan peranan penting dalam menyokong penggunaan isi rumah berpendapatan rendah, di samping memberi ruang kepada kerajaan menyalurkan manfaat pertumbuhan ekonomi secara lebih langsung kepada golongan yang masih terkesan dengan tekanan kos kehidupan.

CGS International turut menjangkakan Belanjawan 2027 kekal berorientasikan rakyat, dengan tumpuan bukan sahaja kepada bantuan tunai, malah isu penggunaan domestik, gaji, kemahiran, perlindungan sosial dan cabaran perubahan iklim yang semakin memberi kesan kepada isi rumah.

Selain bantuan tunai, perhatian besar dijangka terarah kepada soal gaji apabila CGS melihat ruang kadar gaji minimum semasa RM1,700 disemak naik antara RM200 hingga RM300, manakala CIMB mengunjurkan kemungkinan kadar baharu sekitar RM1,800 hingga RM2,000 sebulan.

Bagaimanapun, kenaikan gaji dijangka berjalan seiring usaha meningkatkan produktiviti, kemahiran teknikal, latihan semula dan automasi supaya peningkatan pendapatan tidak membebankan majikan secara berlebihan atau akhirnya diterjemahkan kepada harga barang dan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Golongan pertengahan juga berpotensi mendapat perhatian lebih besar, khususnya melalui kemungkinan pelepasan cukai pendapatan individu serta penambahbaikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengurangkan kesan cukai bertindih ke atas input pengeluaran dan rantaian bekalan.

TA Securities pula menjangkakan langkah berkaitan pekerjaan belia dan kemahiran, sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana, perumahan, pendidikan serta penjagaan kesihatan boleh ditonjolkan, bersama bantuan STR dan SARA serta subsidi bahan api bersasar bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Tumpuan kepada pendidikan dan kesihatan juga dijangka diperkukuh kerana kedua-duanya bukan sahaja berkaitan kebajikan rakyat, malah mempunyai kesan langsung kepada produktiviti jangka panjang, kemahiran tenaga kerja dan keupayaan negara menyediakan perkhidmatan asas yang lebih baik.

BIMB meletakkan kesihatan, pendidikan, jaminan air dan tenaga antara bidang yang dijangka terus mendapat perhatian.

Perlindungan sosial turut dijangka menjadi antara isu yang semakin penting, khususnya bagi pekerja gig, sektor tidak formal dan golongan yang berdepan risiko kekurangan simpanan persaraan, dengan CGS melihat ruang kepada langkah yang memperkukuh kecukupan persaraan serta jaringan keselamatan sosial. budget 2027 CGS

Dari sudut pembangunan, tumpuan dijangka lebih menjurus kepada projek yang memberi kesan langsung kepada kehidupan dan produktiviti seperti bekalan air, mitigasi banjir, grid elektrik, pengangkutan, kemudahan awam serta infrastruktur di Sabah dan Sarawak, berbanding pengumuman projek mega baharu.

Ruang untuk kerajaan meningkatkan sokongan berkenaan disokong jangkaan kutipan hasil yang lebih kukuh, dengan TA Securities mengunjurkan hasil kerajaan meningkat kepada RM363.5 bilion pada 2027, manakala keseluruhan perbelanjaan boleh mencecah RM438.9 bilion, termasuk perbelanjaan pembangunan yang memberi tumpuan kepada infrastruktur, tenaga boleh baharu dan digitalisasi.

Pada masa sama, kerajaan dijangka meneruskan konsolidasi fiskal secara berperingkat, dengan CIMB mengunjurkan defisit mengecil kepada 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala CGS menganggarkan sekitar 3.3 peratus. Risiko utama kekal harga minyak dan bil subsidi bahan api yang boleh mengehadkan ruang fiskal sekiranya kos tenaga global terus tinggi.

Justeru, ukuran utama Belanjawan 2027 bukan semata-mata sebesar mana peruntukan diumumkan Jumaat ini, tetapi sejauh mana ruang fiskal yang terhasil daripada reformasi dapat diterjemahkan kepada rakyat dalam bentuk kuasa beli lebih kukuh, pendapatan lebih baik, peluang pekerjaan berkualiti, perlindungan sosial lebih luas serta perkhidmatan awam yang semakin baik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is cooling

  • Spread across News, YouTube
  • 3 independent sources
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 55NEWRISINGACCELERATINGPEAKCOOLINGnow08:00
Latest 08:53 MYT
20Cooling
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source
  3. Spread
    YouTube discussion begins (Astro AWANI (YouTube)) source
  4. State
    Rising

    3 sources, growth +300%, z 0.0

  5. State
    Accelerating

    growth +100% with positive acceleration

  6. State
    Peak

    acceleration no longer positive

  7. State
    Cooling

    velocity 0.000/min under half of peak 0.050

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 07:00 MYT
Origin confidence 60% · 7 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    07:00
  2. Step 2
    YouTube (mainstream)
    Astro AWANI (YouTube)
    07:11 · +11 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Astro AWANI (YouTube), Harian Metro, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Harapan rakyat
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM
Tumpu kos sara hidup dan ekonomi masa depan rakyat
Astro AWANI (YouTube)YouTubemainstreamBM
Tumpu kos sara hidup dan ekonomi masa depan rakyat
Astro AWANI (YouTube)YouTubemainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.