
Air bertakung sejak sembilan hari, 5,000 penduduk Gua Musang terjejas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
GUA MUSANG: Lebih 5,000 penduduk di beberapa kampung yang terjejas akibat kejadian air bertakung berhampiran laluan utama di KESEDAR Putra, dekat sini, sejak sembilan hari lalu berharap masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin. (Berita Harian, 16:59)
Read the reporting
1 report
Air bertakung sejak sembilan hari, 5,000 penduduk Gua Musang terjejas
GUA MUSANG: Lebih 5,000 penduduk di beberapa kampung yang terjejas akibat kejadian air bertakung berhampiran laluan utama di KESEDAR Putra, dekat sini, sejak sembilan hari lalu berharap masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin.
Kejadian yang bermula pada 10 Oktober lalu itu menyebabkan laluan keluar masuk ke kawasan Perumahan KESEDAR Putra, KESEDAR Jaya dan Kawasan Perindustrian terjejas, sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk.
Penduduk, Haikal Ismail, 34, berkata kejadian itu memaksa ramai penduduk menggunakan laluan lebih jauh untuk menghantar anak ke sekolah.
Beliau berkata, masalah air bertakung yang berlarutan selama sembilan hari itu turut mengganggu urusan harian penduduk.
"Kami berharap masalah air bertakung ini dapat diselesaikan segera kerana ia menyusahkan penduduk di kawasan ini," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim, berkata beliau dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menggunakan kaedah Horizontal Directional Drilling (HDD) bagi membantu mengalirkan air yang bertakung keluar dari kawasan terbabit.
Beliau berkata, masalah air bertakung di laluan utama berhampiran kawasan perumahan KESEDAR Jaya dan KESEDAR Putra itu berpunca daripada tiga aliran air utama yang tersekat susulan kejadian lubang benam dan pembetung pecah.
"Saya dimaklumkan kerja-kerja pengorekan akan bermula hari ini. Saya berharap kaedah ini berjaya mengalirkan air yang bertakung dan sekali gus meredakan kebimbangan penduduk yang terjejas.
"Air dari kawasan perumahan KESEDAR Putra, KESEDAR Jaya dan sebahagian Taman Wangi sepatutnya mengalir mengikut laluan ke Sungai Ketil.
"Bagaimanapun, kejadian lubang benam dan pembetung pecah di tengah jalan menyebabkan aliran air tersekat dan tidak dapat mengalir dengan lancar," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.