
Akmarulnizam mahu cipta gemilang bersama Pahang Rangers
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Akmarulnizam mahu cipta gemilang bersama Pahang Rangers (Harian Metro, 22:23)
Read the reporting
1 report
Akmarulnizam mahu cipta gemilang bersama Pahang Rangers
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Kapten Pahang Rangers FC, Akmarulnizam Idris yakin kejayaan mampu berpihak kepada mereka di final Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), musim ini.
Final akan diadakan secara timbal balik dengan aksi pertama di Stadium Tertutup SUKPA, di sini pada 24 Oktober diikuti perlawanan kedua di gelanggang lawan pada 31 Oktober.
Menurut Akmarulnizam, tiada yang lebih bermakna pada setiap perlawanan melainkan kemenangan terutama di pentas akhir yang akan meletakkan pemenang sebagai juara.
Katanya, hasil 17 perlawanan sepanjang musim ini membawa Pahang Rangers ke final, walaupun mereka hanya di tempat ketiga di peringkat liga di belakang Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Selepas menewaskan JDT di separuh akhir, impian kami seterusnya menewaskan Selangor di final walaupun dijangka berhadapan cabaran sengit.
"Rekod pertemuan di peringkat liga memihak kepada Selangor, namun tidak bermakna Pahang Rangers tidak mampu menewaskan mereka di dua pertemuan final nanti," katanya.
Menurutnya, episod tewas 3-13 di t angan Selangor di final musim lalu tidak mungkin berulang lagi, malah kisah hitam itu sudah lama dilupakan barisan pemain Tok Gajah.
Akmarulnizam menyatakan enam gol dijaringkannya setakat ini menambah lagi semangatnya untuk menambahkan koleksi jaringan bagi menutup kalendar MPFL musim ini, tambahan pula dua pemain import, Rodrigo da Silva dan Felipe de Souza akan menjadi senjata utama pasukan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro22:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.