
PM bincang bantuan keluarga 54 rakyat Malaysia hilang di Kabinet Jumaat ini
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
R Manivannan pada sidang media selepas bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan membawa cadangan bantuan kepada keluarga 54 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana banjir di Nepal untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini. (Free Malaysia Today, 15:48)
Read the reporting
3 reports
Rakyat Malaysia hilang di Nepal: MASFIH jumpa PM, kemuka sembilan cadangan
Kuala Lumpur: Kumpulan sokongan waris mangsa tragedi Nepal, Solidariti Malaysia: Keluarga Dalam Harapan (MASFIH) mengemukakan sembilan cadangan utama untuk tindakan kerajaan bagi menangani cabaran kemanusiaan, perundangan, kewangan dan diplomatik dihadapi keluarga 54 rakyat Malaysia yang hilang susulan bencana banjir di Nepal-Tibet, 26 Ogos lalu.
Antara keutamaan itu ialah mewujudkan mekanisme tindak balas nasional yang diselaraskan, mendapatkan penjelasan segera dari segi undang-undang daripada Jabatan Peguam Negara, membangunkan kerangka perundangan bagi kes kehilangan beramai-ramai di luar negara yang bersifat luar biasa serta mendapatkan pengesahan rasmi mengenai status individu hilang.
Jurucakap MASFIH Dr R Manivannan berkata cadangan itu dikemukakan pada pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, berserta dokumen setebal 29 halaman yang menggariskan langkah-langkah intervensi yang disarankan, keutamaan pelaksanaan serta tindakan kerajaan secara bersepadu bagi menangani kebimbangan keluarga yang terlibat.
"MASFIH merakamkan penghargaan atas keprihatinan Perdana Menteri berhubungan kebimbangan itu serta peluang yang diberikan untuk menyuarakan keperluan mendesak keluarga yang terkesan.
"Kami berharap pertemuan ini dapat menghasilkan tindakan kerajaan yang lebih selaras, pembahagian tanggungjawab yang jelas serta langkah konkrit bagi membantu semua keluarga yang terjejas," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Manivannan berkata Anwar akan membincangkan perkara berkenaan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat ini, termasuk berkaitan pelantikan seorang menteri untuk menyelaraskan tindakan kerajaan berhubung isu terbabit.
Beliau berkata MASFIH turut memohon surat pengesahan rasmi yang menyatakan ahli keluarga mereka berstatus hilang dan bukannya sekadar gagal dihubungi, bagi membolehkan keluarga terjejas memohon moratorium bagi komitmen kewangan mereka.
Sebanyak 54 rakyat Malaysia masih hilang dan nasib mereka belum diketahui.
Keluarga mereka terus menaruh harapan agar insan tersayang kembali dengan selamat, di samping berusaha mendapatkan maklumat yang sahih serta bantuan untuk menangani kesukaran kewangan, perundangan dan pentadbiran akibat ketidakpastian yang berlarutan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is peak
- 4 mentions in the last hour after none the hour before
- Current hour is 3.8 standard deviations above this event's own baseline
- 6 independent sources, 5 new in the last hour
- Driven by news coverage (6 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source
- LanguageFirst English coverage (GDELT Global Knowledge Graph) source
- NewsFirst news outlet reports it (GDELT Global Knowledge Graph) source
- StateRising
4 sources, growth +100%, z 1.8
- StateAccelerating
growth +200% with positive acceleration
- StateExploding
attention 50, growth +300%, 1 platforms, 5 sources
- StatePeak
velocity 0.067/min below peak 0.067
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today15:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

