Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : Tuanku Muhriz: Royal Succession Disputes Must Follow Adat, Law46PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang42Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD didakwa dengan tiga pertuduhan esok42Lelaki dipenjara lapan tahun tampar, pukul, paksa kanak-kanak makan najis40Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?40Penjual buah maut, gerai dirempuh lori balak40General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia40Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok37Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan36Kerajaan berusaha ringankan beban pemandu teksi – PM Anwar36Business : AWC Unit Bags RM39.70 Mln Subcontract For Hyperscale Data Centre35General : Urgent Collective Action Needed To Save Malayan Tiger From Extinction – Lara Ariffin
NewConfirmedupdated 2 h ago

Al-Fatihah untuk Nurul Fatehah, pelajar UTeM meninggal selepas ziarah pusara ibu

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 18:54 MYTLatest activity 14 Oct, 19:01BMconfidence 80%

What happened

ALOR GAJAH: Seorang penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dalam perjalanan pulang selepas menziarah pusara ibunya di Kuala Selangor, Selangor, semalam. (Berita Harian, 18:54)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Al-Fatihah untuk Nurul Fatehah, pelajar UTeM meninggal selepas ziarah pusara ibu

By Meor Riduwan Meor Ahmad · 14 Oct, 18:54 MYT

ALOR GAJAH: Seorang penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dalam perjalanan pulang selepas menziarah pusara ibunya di Kuala Selangor, Selangor, semalam.

Nurul Fatehah Alya Kamaruaf'fandi, 20, yang bersendirian menunggang motosikal Honda Vario 160 dipercayai terbabas sendiri dalam nahas di Kilometer 211.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan, sekitar jam 5.30 petang.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke kampus UTeM di Melaka.

Pentadbiran UTeM memaklumkan, mangsa adalah penuntut Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Komputer) dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).

"Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di lebuh raya berhampiran Jejantas Ayer Keroh, semalam.

"Kemalangan ketika arwah dalam perjalanan pulang selepas menziarah pusara ibunya di Kuala Selangor," menurut kenyataan universiti berkenaan, hari ini.

Pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM turut membantu proses pengurusan jenazah sehingga ke kampung halaman arwah di Bagan Datuk, Perak, jam 4.30 petang tadi, untuk dikebumikan.

UTeM menyampaikan sumbangan khairat kematian RM2,000, selain akan membantu dalam proses tuntutan Insurans Kelompok Pelajar berjumlah RM21,500 serta tuntutan khairat kematian Yayasan Perkasa Siswa (KPT) berjumlah RM2,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, berkata motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri, seterusnya tercampak ke lorong kecemasan.

"Akibatnya, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Lina Ervinna Ahmad di talian 011-59494816 bagi membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 36NEWnow19:00
Latest 19:32 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 18:54 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    18:54

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.