
Anak bayar tanggung kos kediaman ibubapa perlu dapat pelepasan cukai
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Reach mengalu-alukan peluasan pelepasan cukai bagi perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek supaya tidak terhad kepada kos kesihatan sahaja. (Gambar Freepik) MUGHSOT: Iskandar Samad. (Free Malaysia Today, 10:58)
Read the reporting
2 reports
NGO mahu pelepasan cukai untuk anak tanggung sewa rumah ibu bapa
Reach mengalu-alukan peluasan pelepasan cukai bagi perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek supaya tidak terhad kepada kos kesihatan sahaja. (Gambar Freepik) MUGHSOT: Iskandar Samad.
PETALING JAYA: Kerajaan dicadang memberi pelepasan cukai pendapatan kepada anak-anak yang menanggung bayaran sewa atau ansuran pinjaman perumahan ibu bapa bagi meringankan beban kewangan mereka.
Ketua Penyelaras Pusat Sumber untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (Reach), Iskandar Samad, berkata cadangan itu selaras usaha kerajaan memperkukuh kebajikan warga emas susulan pengumuman Belanjawan 2027.
Katanya, Reach mengalu-alukan peluasan pelepasan cukai bagi perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek supaya tidak terhad kepada kos kesihatan sahaja.
Iskandar Samad. Menurutnya, tanggungjawab menjaga ibu bapa turut merangkumi penyediaan tempat tinggal, terutama bagi pesara tanpa pendapatan tetap yang masih perlu membayar sewa atau melunaskan pinjaman perumahan.
“Komitmen itu boleh menambah tekanan kewangan kepada anak-anak yang turut berdepan peningkatan kos sara hidup dan tanggungan keluarga sendiri.
“Reach mencadangkan bayaran sewa rumah atau ansuran pinjaman perumahan ibu bapa yang ditanggung oleh anak-anak turut diberikan pelepasan cukai pendapatan individu,” katanya dalam kenyataan.
Iskandar yang juga bendahari PAS berkata, pelepasan itu boleh berdasarkan jumlah bayaran sebenar, tertakluk kepada had tahunan munasabah dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bagi mengelakkan penyalahgunaan, katanya, tuntutan perlu disokong dokumen seperti perjanjian sewa, penyata pinjaman perumahan dan bukti pembayaran oleh anak-anak.
Beliau turut mencadangkan pelepasan itu diwujudkan sebagai kategori khusus yang berasingan daripada pelepasan cukai bagi perbelanjaan perubatan dan penjagaan ibu bapa, memandangkan kos perumahan merupakan komitmen besar yang berterusan.
Katanya, kediaman yang selamat dan selesa ialah keperluan asas bagi membolehkan warga emas menjalani kehidupan bermaruah.
Walaupun cadangan itu belum diumumkan secara khusus dalam Belanjawan 2027, Reach berharap kerajaan dapat mempertimbangkannya ketika memuktamadkan langkah percukaian bagi tahun depan.
“Menjaga kebajikan ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak, tetapi kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk meringankan beban mereka melalui dasar percukaian yang lebih prihatin terhadap institusi keluarga,” katanya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1.3 bilion bagi bantuan warga emas yang dijangka memanfaatkan hampir 200,000 penerima.
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today10:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.