
Kementerian Ekonomi kaji kerangka kawal selia banteras amalan ‘Ali Baba’
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR - Kementerian Ekonomi sedang melaksanakan kajian bagi menyediakan kerangka kawal selia dan cadangan perundangan berkaitan anti‘rent-seeking’ atau konsep 'Ali Baba,'.Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah itu dibuat bagi membanteras amalan yang boleh menjejaskan kecekapan pasaran, mewujudkan persaingan tidak adil serta membantutkan pertumbuhan produktiviti negara. Menurut beliau, kajian berkenaan turut mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan negeri bagi memastikan pendekatan yang dirangka bersifat menyeluruh dan bersesuaian dengan k (Sinar Harian, 10:56)
Read the reporting
5 reports
Undang-undang kekang amalan Ali Baba dibentang tahun depan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang membentangkan undang-undang baharu atau pindaan perundangan berkaitan amalan rent-seeking dan amalan Ali Baba pada tahun depan bagi membendung ketirisan dalam pemberian lesen dan kontrak.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pihaknya sedang melaksanakan kajian bagi menyediakan kerangka kawal selia serta cadangan perundangan berkaitan yang bertujuan menangani amalan berkenaan secara lebih menyeluruh.
“Kajian Kementerian Ekonomi mendapati terdapat Undang-undang Kecil sedia ada di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan dengan aktiviti Ali Baba, khususnya larangan pemindahan lesen di peringkat PBT.
“Bagaimanapun, terdapat kekangan dalam undang-undang sedia ada yang dilihat tidak mampu membendung amalan rent-seeking.
“Kajian yang sama juga menunjukkan isu rent-seeking berupaya menjejaskan kecekapan sosioekonomi negara disebabkan ketirisan dalam pemberian lesen, kontrak, kemudahan dan sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang meminta menteri menyatakan status perkembangan terkini penggubalan rang undang-undang berkaitan sama ada dalam bentuk akta baharu atau pindaan akta sedia ada bagi membanteras masalah lesen Ali Baba di Malaysia serta garis masa pembentangannya di Parlimen.
Mengulas lanjut, Akmal berkata, kerajaan komited membanteras amalan rent-seeking dan fenomena Ali Baba yang boleh menjejaskan kecekapan pasaran, mewujudkan persaingan tidak adil serta membantutkan pertumbuhan produktiviti negara.
Katanya, kajian berkenaan turut mengambil kira pandangan pemain industri, agensi penguatkuasaan, kementerian berkaitan, kerajaan negeri dan pihak berkepentingan lain bagi memastikan kerangka kawal selia yang dirangka bersifat menyeluruh serta bersesuaian dengan keperluan semasa.
“Dalam hubungan ini, proses penggubalan perundangan memerlukan penelitian yang mendalam bagi memastikan setiap cadangan yang dibangunkan adalah praktikal, berkesan dan boleh dilaksanakan.
“Memandangkan isu rent-seeking merentas bidang kuasa beberapa kementerian dan agensi, penyelarasan serta persetujuan bersama turut diperlukan sebelum sesuatu pendekatan dimuktamadkan.
“Seterusnya, cadangan tersebut perlu melalui proses pertimbangan dan kelulusan secara berperingkat, termasuk di peringkat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara (JPPN) dan Jemaah Menteri, sebelum dibentangkan di Parlimen,” katanya.
Jelasnya lagi, antara pendekatan yang sedang diteliti ialah penggubalan undang-undang baharu khusus berkaitan anti-rent-seeking atau pindaan kepada peruntukan undang-undang sedia ada, bergantung pada hasil kajian dan proses penyelarasan antara pihak berkepentingan.
Bagaimanapun, katanya, proses penggubalan perundangan memerlukan penelitian mendalam bagi memastikan setiap cadangan yang dibangunkan praktikal, berkesan dan boleh dilaksanakan. – UTUSAN
The post Undang-undang kekang amalan Ali Baba dibentang tahun depan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is peak
- 4 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian10:56
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Sinar Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
