Anak Krakatau: Penduduk, pengunjung diminta berwaspada, patuhi zon larangan 2km
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menggesa penduduk dan pengunjung supaya terus berwaspada serta berada sekurang-kurangnya dua kilometer (km) dari kawah aktif Anak Krakatau susulan letusan gunung berapi itu pada petang Khamis. (Astro Awani (BM), 23:12)
Read the reporting
2 reportsAnak Krakatau: Penduduk, pengunjung diminta berwaspada, patuhi zon larangan 2km
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menggesa penduduk dan pengunjung supaya terus berwaspada serta berada sekurang-kurangnya dua kilometer (km) dari kawah aktif Anak Krakatau susulan letusan gunung berapi itu pada petang Khamis.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) memaklumkan letusan berlaku pada 6.28 petang waktu tempatan, namun ketinggian kolum letusan tidak dapat diperhatikan.
Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Lampung kemudiannya mengesahkan letusan itu telah berakhir.
"Kekal tenang dan berwaspada. Patuhi zon larangan dua kilometer, ikuti maklumat rasmi daripada PVMBG dan hanya kongsikan maklumat yang telah disahkan," menurut catatan agensi itu di media sosial.
Anak Krakatau kekal pada Tahap II, iaitu tahap kedua terendah dalam sistem amaran gunung berapi empat peringkat Indonesia.
Status amarannya diturunkan daripada Tahap III pada 21 Sept susulan penurunan aktiviti gunung berapi, namun pihak berkuasa terus memberi amaran mengenai potensi bahaya termasuk lontaran batuan gunung berapi dan hujan abu lebat.
Gunung berapi itu turut meletus dua kali pada Isnin.
-- BERNAMA
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)23:12
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
