Malaysian Attention Engine
Live wire
50Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud40Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202739Eight-metre-deep sinkhole forces closure of Gua Musang-Kota Bharu road39Polis India tahan puluhan penunjuk perasaan36Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan36World : No Malaysian Casualties Reported In Latest Saudi Airport Incidents – Wisma Putra35Peminjam tertunggak PTPTN dialu-alukan runding struktur semula bayaran balik35Bomba FC cipta sejarah juarai Piala Emas Raja-Raja35World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport35Dua sungai di Raub tercemar, air berwarna hitam dan berbau busuk34Sport : Arctic Open: Aaron-Roy King Reach Final, Zii Jia Bows Out34Ibu besarkan anak dengan cari kotak dipilih Ikon Wanita Tabah 2026 CSM
NewConfirmedupdated 3 h ago

Anak rosak saraf otak: 'Hanya mampu beri air nasi ganti susu khas bila terdesak' - Ibu

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 08:59 MYTLatest activity 11 Oct, 09:05BMconfidence 80%

What happened

PASIR MAS: Kehidupan sepasang suami isteri di Kampung Kenjing, Repek, berubah sepenuhnya apabila anak tunggal mereka terlantar sejak empat tahun lalu akibat kerosakan saraf otak kesan serangan sawan. (Berita Harian, 08:59)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Anak rosak saraf otak: 'Hanya mampu beri air nasi ganti susu khas bila terdesak' - Ibu

By Hazira Ahmad Zaidi · 11 Oct, 08:59 MYT

PASIR MAS: Kehidupan sepasang suami isteri di Kampung Kenjing, Repek, berubah sepenuhnya apabila anak tunggal mereka terlantar sejak empat tahun lalu akibat kerosakan saraf otak kesan serangan sawan.

Siti Noor Mastubaidura Ariffin, 36, berkata beliau sebelum ini mengusahakan perniagaan kedai runcit secara kecil-kecilan, namun terpaksa menutupnya untuk memberi sepenuh perhatian kepada anak, Muhammad Aiman Mohamed, 12, yang memerlukan penjagaan rapi.

"Sejak itu, kehidupan kami tiga beranak bergantung pada pendapatan suami, Rilhafizi Mohamad Zukhri, 44, yang bekerja sebagai buruh dengan upah sekitar RM50 hingga RM60 sehari mengikut kerja diperoleh.

"Saya mengutamakan kegunaan wang itu untuk keperluan Muhammad Aiman seperti susu, lampin pakai buang dan barangan penjagaan lain.

"Adakala, apabila wang tidak mencukupi untuk membeli keperluan anak, saya terpaksa mengetepikan perasaan malu meminjam wang daripada majikan suami dan saudara-mara terdekat," katanya ketika ditemui di rumah sewa mereka, di sini.

Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) diketuai Ketua Unit Media dan Komunikasi, Akidi Hamid, yang menyampaikan sumbangan wang tunai, lampin pakai buang dan susu bagi meringankan beban mereka.

Siti Noor Mastubaidura berkata, Muhammad Aiman mengalami empat serangan sawan dalam tempoh dua bulan ketika berusia lapan tahun yang mengakibatkan kerosakan saraf otak kerana jangkitan kuman.

"Ketika itu, kami 'berkampung' di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama dua bulan, termasuk sebulan di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum Muhammad Aiman dibenarkan pulang ke rumah," katanya.

Beliau berkata, sekotak susu khas berharga RM280 untuk keperluan anaknya itu hanya mampu bertahan selama enam hari.

Namun apabila keadaan terdesak, katanya, beliau terpaksa mencampurkan susu berkenaan dengan susu biasa, selain menggunakan air nasi sebagai pengganti susu.

"Bantuan bulanan RM500 diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mencukupi untuk menampung kos keperluan Muhammad Aiman, terutama susu khas yang memerlukan perbelanjaan sekurang-kurang RM1,200 sebulan.

"Bagi membeli lampin pakai buang, saya menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban perbelanjaan keluarga," katanya.

Beliau berkata, Muhammad Aiman juga memerlukan bantuan oksigen sepanjang masa, justeru terpaksa menyewa tangki oksigen pada kadar RM7 sebulan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian 014-8324920.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34first news pick-upNEWnow10:0011:00
Latest 11:53 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 08:59 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.