
Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PEKAN – Meskipun mempunyai kelulusan sarjana dan berpengalaman puluhan tahun menjadi pendidik, namun seorang pesara guru akhirnya mengalami kerugian kira-kira RM1.1 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud. (Kosmo!, 11:37)
Read the reporting
3 reports
Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
PEKAN – Meskipun mempunyai kelulusan sarjana dan berpengalaman puluhan tahun menjadi pendidik, namun seorang pesara guru akhirnya mengalami kerugian kira-kira RM1.1 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Akibat kejadian itu mangsa yang merupakan lelaki berumur 65 tahun kini berputih mata dan buntu selepas wang simpanannya dan isterinya serta pinjaman daripada adik beradik selain hasil penjualan tanah lesap sekelip mata.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian bermula pada 21 Jun lalu selepas mangsa melihat iklan pelaburan di aplikasi TikTok menggunakan nama akaun sebuah syarikat.
“Mangsa kemudiannya berhubung dengan individu yang mendakwa sebagai ejen syarikat tersebut melalui aplikasi WhatsApp.
“Mangsa diberikan penerangan mengenai pelaburan saham serta analisis pasaran kewangan sebelum bersetuju menyertai skim pelaburan berkenaan,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya, antara 21 Ogos 2026 hingga 7 Oktober 2026 mangsa telah membuat sebanyak 22 transaksi ke dalam enam akaun bank berbeza melalui transaksi dalam talian dan urusan di kaunter institusi kewangan mengikut arahan suspek.
Bagaimanapun katanya, selepas semua pembayaran dibuat, mangsa masih diminta membuat bayaran tambahan atas alasan yang tidak munasabah.
Jelasnya, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan dan mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan sebelum tampil membuat laporan polis.
“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM1,106,253 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”katanya.-KOSMO! ONLINE
The post Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud appeared first on Kosmo Online .
Why it is rising
- 3 mentions in the last hour after none the hour before
- 4 independent sources, 4 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.