
APM bantu angkat, hantar jenazah ke kubur guna lori
Only social or community posts, or a single source.
What happened
APM bantu angkat, hantar jenazah ke kubur guna lori (Harian Metro, 08:51)
Read the reporting
1 report
APM bantu angkat, hantar jenazah ke kubur guna lori
anbia@hmetro.com.my
Putrajaya: Tugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bukan sekadar turun padang menyelamatkan mangsa kemalangan atau bencana, malah mereka turut menghulurkan khidmat kemanusiaan bagi situasi luar jangkaan.
Terbaharu, APM Daerah Putrajaya dengan kerjasama APM Sepang membantu menguruskan penghantaran jenazah lelaki obesiti menggunakan lori dari Hospital Serdang ke tanah perkuburan di sini, semalam.
Misi itu digerakkan selepas pihak APM menerima permohonan bantuan kira-kira jam 10.42 pagi berikutan kekangan logistik dihadapi keluarga untuk menguruskan jenazah.
Seramai lapan anggota APM Sepang bersama dua aset logistik iaitu sebuah kenderaan utiliti dan ambulans digerakkan ke Hospital Serdang bagi membantu urusan berkenaan.
Operasi turut mendapat sokongan tiga anggota APM Putrajaya bersama sebuah lori tiga tan bagi memastikan urusan pengendalian dan penghantaran jenazah dapat dilaksanakan dengan lancar.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Al-Hijrah, Desa Pinggiran Putra untuk disolatkan sebelum dihantar ke tanah perkuburan bagi urusan pengebumian.
Khidmat kemanusiaan itu memperlihatkan komitmen APM dalam membantu masyarakat bukan hanya ketika berlaku kecemasan, kemalangan atau bencana, tetapi turut dalam situasi yang memerlukan sokongan logistik dan tenaga anggota.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro08:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.