
Kawasan panas kebakaran hutan Indonesia turun 67 peratus, cuaca kering kekalkan risiko tinggi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kawasan panas kebakaran hutan Indonesia turun 67 peratus, cuaca kering kekalkan risiko tinggi (Google News Malaysia (BM), 13:24)
Read the reporting
1 report
Kawasan panas kebakaran hutan Indonesia turun 67 peratus, cuaca kering kekalkan risiko tinggi
JAKARTA: Indonesia mencatatkan penurunan ketara sebanyak 67 peratus bagi kawasan panas kebakaran hutan dan tanah, dengan 387 kawasan dikesan di seluruh negara pada, setakat malam tadi, berbanding 1,176 pada hari sebelumnya, meskipun keadaan cuaca kering yang berpanjangan terus menimbulkan risiko kebakaran susulan.
Kementerian Perhutanan memaklumkan angka yang direkodkan menerusi sistem pemantauan satelit SiPongi setakat jam 9.10 malam waktu tempatan menunjukkan kawasan panas di enam wilayah keutamaan turut merosot daripada 543 kepada 268.
Berdasarkan kementerian itu, Sumatera Selatan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 130 kawasan panas, diikuti Kalimantan Tengah (86), Kalimantan Selatan (37), Kalimantan Barat (12) dan Jambi (tiga), manakala Riau tidak mencatatkan sebarang kawasan panas.
"Penurunan kawasan panas ini adalah perkembangan positif dalam usaha pengendalian kebakaran hutan dan tanah. Bagaimanapun, kewaspadaan perlu terus dikekalkan," menurut kementerian itu dalam hantaran terkini di Instagram, hari ini.
Menerusi video yang disertakan, kementerian berkenaan memberitahu bahawa 61 pesawat masih tersedia bagi operasi memadamkan kebakaran, merangkumi 44 pesawat bagi pengeboman air dan 17 pesawat bagi rondaan udara serta pembenihan awan, selain pasukan darat yang menangani kebakaran di kawasan terjejas.
Kementerian itu berkata perhatian khusus diberikan kepada kebakaran tanah gambut, yang mana bara api boleh terus membakar di bawah permukaan tanah walaupun nyalaan api kelihatan sudah padam, sekali gus memerlukan operasi pemadaman dan pendinginan berpanjangan bagi mengelakkan kebakaran berulang.
Meskipun kawasan panas merekodkan penurunan, kementerian itu memaklumkan kualiti udara kekal berada pada tahap tidak sihat hingga sangat tidak sihat di beberapa bahagian Sumatera, Kalimantan, Jawa dan Papua, dengan sesetengah kawasan di Kalimantan mencatatkan paras bahan zarahan halus (PM2.5) pada tahap berbahaya.
Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), memberi amaran bahawa keadaan cuaca yang sebahagian besarnya kering boleh meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah, terutamanya di kawasan yang mengalami tempoh tanpa hujan berpanjangan.
"Keadaan kering yang berterusan kekal menjadi kebimbangan kerana ia boleh meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah, terutamanya di kawasan yang mengalami tempoh tanpa hujan berpanjangan," menurut BMKG dalam tinjauan cuaca mingguan terkini.
BMKG memaklumkan keadaan El Nino yang sangat kuat dan Dwikutub Lautan Hindi (IOD) positif menyekat pembentukan awan hujan, dengan 70.59 peratus wilayah Indonesia mencatatkan taburan hujan yang rendah sepanjang 10 hari terakhir September.
Ia meramalkan bahawa 66.09 peratus kawasan di negara itu akan mengalami taburan hujan rendah antara sifar hingga 50 milimeter dalam tempoh 10 hari kedua Oktober, terutamanya di selatan Sumatera, Jawa, Bali, Nusa Tenggara, bahagian tengah dan selatan Kalimantan, Sulawesi serta beberapa kawasan Papua.
Bagaimanapun, BMKG berkata, taburan hujan sederhana masih berkemungkinan berlaku di beberapa wilayah termasuk Sumatera Selatan, Jambi dan Kalimantan Barat sehingga 11 Oktober ini, manakala angin kencang berpotensi melanda Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan. – BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)13:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.