
Balai Undang Luak Rembau sekali lagi diarah kosong
Only social or community posts, or a single source.
What happened
REMBAU – Balai Undang Luak Rembau sekali lagi berdepan usaha pengosongan apabila beberapa pegawai kanan kerajaan hadir bagi mendapatkan semula milikan premis tersebut hari ini. (Kosmo!, 14:36)
Read the reporting
1 report
Balai Undang Luak Rembau sekali lagi diarah kosong
REMBAU – Balai Undang Luak Rembau sekali lagi berdepan usaha pengosongan apabila beberapa pegawai kanan kerajaan hadir bagi mendapatkan semula milikan premis tersebut hari ini.
Bagaimanapun, usaha itu tidak diteruskan selepas perbincangan antara pihak terlibat mencapai persetujuan bahawa sebarang tindakan pengosongan perlu dibuat mengikut proses perundangan dan mendapatkan perintah mahkamah yang jelas.
Peguam mewakili Balai Undang Luak Rembau, Emirul Sarifudin Nor Azmi berkata, antara yang hadir ialah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pegawai Daerah Rembau, Ketua Polis Daerah serta beberapa ketua jabatan lain.
“Pada hari ini, kita dimaklumkan pihak sebelah sana datang untuk masuk dan mendapatkan semula milikan Balai Undang Luak Rembau.
“Bagaimanapun, selepas perbincangan, semua pihak bersetuju bahawa sebarang tindakan mestilah berlandaskan undang-undang dan menghormati institusi pemerintahan beraja,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.
Menurut Emirul Sarifudin, susulan perbincangan itu, pihak berkenaan akan memfailkan tindakan baharu di mahkamah atas nama Pengarah PTG bagi mendapatkan perintah milikan kosong terhadap bangunan tersebut.
“Selepas persetujuan dicapai, semua pihak kemudian bersurai tanpa sebarang tindakan pengosongan dilaksanakan,” katanya.-KOSMO! ONLINE
The post Balai Undang Luak Rembau sekali lagi diarah kosong appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!14:36
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.