
MAG sasar kurang pelepasan karbon 45 peratus menjelang 2035
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MAG sasar kurang pelepasan karbon 45 peratus menjelang 2035 (Harian Metro, 14:51)
Read the reporting
2 reports
MAG sasar kurang pelepasan karbon 45 peratus menjelang 2035
bisnes@hmetro.com.my
Sepang: Malaysia Aviation Group (MAG) menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan karbon sebanyak 40 hingga 45 peratus menjelang 2035 berbanding paras asas 2019 menerusi Pelan Hala Tuju Kelestarian Jangka Sederhana MAG 2026–2035.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasaruddin A Bakar, berkata pelaksanaan itu menyokong Pelan Perniagaan Jangka Panjang 3.0 (LTBP3.0) MAG serta komitmen terhadap karbon sifar bersih menjelang 2050.
"MAG menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan karbon sebanyak 30 hingga 35 peratus menjelang 2030 dan 40 hingga 45 peratus menjelang 2035, berbanding paras asas 2019.
"Dalam operasi penerbangan, kami akan menumpukan kepada pembaharuan armada, kecekapan bahan api, elektrifikasi peralatan darat, bahan api penerbangan mampan (SAF), serta kredit karbon layak selaras dengan keperluan kawal selia," katanya semasa berucap dalam Hari Kelestarian Penerbangan 2026 anjuran MAG dan Malaysia Airports di sini, hari ini.
Menurut beliau, pelaksanaan memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, pengawal selia, pengendali lapangan terbang, syarikat penerbangan dan rakan industri bagi memastikan usaha kelestarian dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
"Ujian sebenar pelan hala tuju ini bukannya pada dokumen itu sendiri, tetapi pada perubahan yang terhasil daripadanya.
"Pelaksanaannya memerlukan usaha berterusan di seluruh MAG serta pembabitan berterusan dengan rakan-rakan kongsi kami. Kerjasama kami dengan Malaysia Airports memberi peluang untuk menyelaraskan kawasan di mana operasi kami terhubung, terutamanya dalam bidang seperti tenaga bersih, kecekapan terminal, dan elektrifikasi peralatan darat," katanya.
Menurutnya, MAG turut menyasarkan pengurangan intensiti penggunaan tenaga bangunan sebanyak 20 peratus berbanding paras asas 2023 serta kadar pengalihan sisa daripada tapak pelupusan sebanyak 55 peratus menjelang 2030.
Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, peralihan kepada penerbangan mampan memerlukan penyelarasan pelaburan, perancangan infrastruktur dan keutamaan operasi antara pengendali lapangan terbang dengan syarikat penerbangan.
"Malaysia Airports menetapkan sasaran mencapai pelepasan sifar bersih bagi Skop 1, iaitu pelepasan langsung daripada operasi, dan Skop 2, iaitu pelepasan daripada tenaga yang dibeli, menjelang 2040, diikuti pelepasan Skop 3 terpilih menjelang 2050.
"Mencapai sasaran ini memerlukan pelaburan berterusan dalam kecekapan tenaga, pembangunan rantai bekalan yang lebih hijau, penggunaan tenaga boleh baharu yang lebih meluas, operasi darat yang lebih bersih, serta infrastruktur lapangan terbang yang lebih mampan.
"Kami menyedari nyahkarbon bukanlah satu perjalanan yang mudah. Namun, pilihan yang kita buat hari ini akan menentukan sejauh mana lapangan terbang kita bersedia untuk masa hadapan," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua pihak saling bergantung dalam usaha penyahkarbonan kerana keperluan operasi syarikat penerbangan berkait rapat dengan infrastruktur serta persekitaran operasi yang disediakan lapangan terbang.
Antara inisiatif adalah pembangunan Taman Solar KLIA Aeropolis berkapasiti 36 megawatt puncak (MWp), dilengkapi sistem penyimpanan tenaga bateri berkapasiti 45 megawatt-jam (MWh), yang dijangka mengelakkan kira-kira 35,000 tan pelepasan karbon setahun.
Kerjasama MAG dan Malaysia Airports itu merupakan sebahagian daripada usaha menyokong agenda penyahkarbonan penerbangan Malaysia serta memperkukuh daya saing Kuala Lumpur sebagai hab penerbangan serantau, selaras dengan aspirasi negara mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.