
Bekas pemain Inter Milan kesal sarung jersi Belgium berbanding Indonesia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Brussels: Bekas pemain tengah Belgium, Radja Nainggolan mengakui menyesal memilih mewakili Belgium berbanding Indonesia, selepas melihat populariti skuad kebangsaan negara Asia Tenggara itu serta ganjaran lumayan yang ditawarkan kepada pemain naturalisasi. (Harian Metro, 19:06)
Read the reporting
1 report
Bekas pemain Inter Milan kesal sarung jersi Belgium berbanding Indonesia
Brussels: Bekas pemain tengah Belgium, Radja Nainggolan mengakui menyesal memilih mewakili Belgium berbanding Indonesia, selepas melihat populariti skuad kebangsaan negara Asia Tenggara itu serta ganjaran lumayan yang ditawarkan kepada pemain naturalisasi.
Dalam temu bual eksklusif bersama akhbar Belgium, Het Nieuwsblad, semalam, pemain berusia 38 tahun itu mendedahkan pertimbangannya ketika memilih pasukan kebangsaan.
Nainggolan yang mempunyai bapa warga Indonesia berkata, populariti dan tarikan bola sepak di Asia Tenggara berpotensi meningkatkan imejnya di mata umum, selain membantu kehidupannya selepas bersara.
Pemain tengah itu mengakui tidak memikirkan faktor berkenaan ketika membuat keputusan mewakili Belgium sebelum ini.
Bekas pemain AS Roma dan Inter Milan itu berkata, pandangannya berubah seiring pertambahan usia, terutama apabila mengenang bagaimana karier antarabangsanya bersama Belgium berakhir di bawah bekas jurulatih, Roberto Martinez.
"Saya mungkin boleh bermain selama 15 tahun untuk Indonesia. Wang beredar di mana-mana. Pemain juga ditaja oleh Louis Vuitton, Hublot atau Rolex," katanya.
Selain insentif kewangan, Nainggolan turut memuji budaya bola sepak Indonesia yang disifatkannya cukup luar biasa dengan sokongan penyokong fanatik.
"Di sana, terdapat 70,000 penyokong untuk perlawanan menentang Vietnam atau Iraq. Mereka begitu fanatik," katanya.
Di peringkat kelab, Nainggolan mencipta nama di Itali apabila beraksi bersama Cagliari, AS Roma dan Inter Milan.
Pada musim 2017/18, beliau membantu Roma mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, termasuk menjaringkan dua gol pada aksi timbal balik menentang Liverpool.
Prestasi itu membolehkannya menyertai Inter Milan pada musim panas 2018 dengan nilai perpindahan dilaporkan €38 juta.
Bersama Belgium, Nainggolan mencatat 30 penampilan dan menjaringkan enam gol. Antara sumbangan pentingnya adalah ketika Euro 2016 apabila dia menjaringkan gol menentang Sweden dan Wales untuk membantu Belgium mara ke suku akhir.
Bagaimanapun, karier antarabangsanya berakhir pada 2018 selepas beliau tidak disenaraikan Martinez dalam skuad Belgium ke Piala Dunia.
Nainggolan kemudian kembali ke Indonesia untuk menyertai Bhayangkara FC bagi tempoh singkat pada musim 2023/24.
Ketika itu, peluangnya untuk menukar kelayakan antarabangsa kepada Indonesia sudah tertutup kerana beliau pernah mewakili Belgium dalam perlawanan kompetitif, berdasarkan peraturan FIFA.
Ketika ini, Nainggolan beraksi bersama Patro Eisden dalam Challenger Pro League, liga divisyen dua Belgium.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.