
Bekas penghantar p-hailing dipenjara 30 tahun, 12 sebatan kerana kesalahan dadah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
AYER KEROH: Bekas pekerja penghantar p-hailing terlepas dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas didapati salah mengedar 684 gram dadah methamphetamine, lima tahun lalu. (Berita Harian, 21:40)
Read the reporting
1 report
Bekas penghantar p-hailing dipenjara 30 tahun, 12 sebatan kerana kesalahan dadah
AYER KEROH: Bekas pekerja penghantar p-hailing terlepas dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas didapati salah mengedar 684 gram dadah methamphetamine, lima tahun lalu.
Hakim Datuk DJP Suria Kumar menjatuhkan hukuman terhadap Muhammad Nadhir Zailany, 31, selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau berkata, pembelaan membangkitkan beberapa isu, termasuk kegagalan pendakwaan memanggil individu dikenali sebagai 'Hafiz' yang didakwa tertuduh sebagai pemilik sebenar dadah berkenaan.
Turut dibangkitkan isu tertuduh yang melalui enam sekatan jalan raya (SJR) tanpa masalah dengan polis kecuali di Ayer Keroh, kegagalan memanggil Inspektor Hasif sebagai saksi serta pegawai penyiasat tidak membuat acu pakai terhadap beg silang hitam Kenzo Paris itu.
Suria berkata, fakta menunjukkan tertuduh ditahan bersama dadah yang berada di dalam beg disilang pada tubuhnya, manakala tiada keterangan sokongan dikemukakan bagi membuktikan Hafiz ialah pemilik sebenar beg berkenaan.
"..kegagalan pendakwaan memanggil Hafiz sebagai saksi tidak menjejaskan keterangan saksi pendakwaan keempat dan kelima yang melihat beg mengandungi dadah itu pada tubuh tertuduh, sekali gus menunjukkan dia mempunyai kawalan, pengetahuan dan pemilikan terhadap dadah itu.
"Tertuduh memandu Proton Preve hampir 15 jam dari Kota Warisan ke Sentul sebelum menuju Tol Ayer Keroh dengan beg berkenaan disilang pada tubuhnya. Tertuduh juga seorang saja di dalam kereta ketika kenderaan itu ditahan," katanya membacakan penghakiman lisan di akhir kes pembelaan hari ini.
Suria berkata, fakta tertuduh melalui enam SJR dan memberikan kerjasama kepada polis tidak bermakna dia tidak mengetahui kandungan beg berkenaan.
Katanya, mahkamah mendapati tertuduh menggunakan dokumen palsu (surat pengesahan kerja) untuk mengaburi mata pihak berkuasa yang memeriksa dokumen kebenaran rentas daerah atau negeri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan ketika itu.
"Mahkamah sukar mempercayai keterangan tertuduh bahawa dia tidak menyedari kewujudan beg itu di dalam kereta dan hanya mengetahuinya selepas ditemukan polis, sedangkan dia menggunakan kenderaan itu dari jam 6.30 pagi hingga 9 malam pada hari kejadian," katanya.
Mahkamah turut mendapati percanggahan dalam keterangan tertuduh, termasuk dakwaannya bahawa dia diarahkan Hafiz untuk mengangkut besi buruk ke Kota Warisan yang tidak dibangkitkan ketika kes pendakwaan, selain perbezaan keterangan berhubung lokasi beg itu ditemukan.
"Selepas menilai keseluruhan keterangan pendakwaan dan pembelaan serta kredibiliti tertuduh dan saksi, mahkamah mendapati pembelaan gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah dan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan," katanya.
Mahkamah mengambil kira hujahan mitigasi, termasuk usia tertuduh yang masih muda, jumlah dadah terbabit dan keinsafannya sebelum menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun bermula dari tarikh tangkapan pada 9 Jun 2021 serta 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azfar Mahmod, manakala tertuduh diwakili peguam C Aiswarya Devi dan S Ruben Raj.
Terdahulu peguam, merayu hukuman penjara dan sebatan minimum diberikan atas beberapa alasan termasuk anak guam mereka sudah ditahan reman enam tahun, tiada rekod jenayah dan menghidap asma.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.