Malaysian Attention Engine
Live wire
50Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq48Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar47Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’45Titik panas di Indonesia melonjak kepada 1,104, Kalimantan paling teruk terjejas45Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan44Pekerja kedai emas direman 3 hari pecah amanah RM250,00043Mahkamah arah Christy Ng kesan pengguna Threads gagal patuh perintah41Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan35Gambar pelajar disunting guna AI jadi bahan lucah35China proposes export controls on solar-manufacturing technologies35Shafie gesa lahir lebih ramai doktor tempatan di Sabah, Sarawak35Aliff sedia uji kehebatan juara dunia
RisingConfirmedupdated 28 min ago

'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
−33% / 60 min
Momentum
34
2 vs 3 mentions/h
Sources
6
5 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 19 Oct, 14:03 MYTLatest activity 19 Oct, 15:12MixedBMconfidence 88%

What happened

Perkataan ‘munafik’ yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mencetuskan pertikaian di Dewan Rakyat hingga Timbalan Speaker meminta bantahan dikemukakan secara rasmi melalui usul kepada pejabat Speaker. (KiniTV (YouTube), 14:03)

Read the reporting

5 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat

By Muhammad Yusri Muzamir · 19 Oct, 14:09 MYT

KUALA LUMPUR: Sesi persidangan Dewan Rakyat, hari ini gamat susulan pertikaman lidah antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang susulan istilah 'munafik', didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertelingkahan yang berlarutan hampir 10 minit itu berlaku apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(1), mendakwa istilah 'munafik' digunakan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2027, tidak sopan.

Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu antara lain mendakwa penggunaan istilah 'munafik' tidak wajar dibiarkan di Dewan Rakyat, selain menyifatkan perkataan terbabit membawa maksud sangat buruk, terutama apabila ditujukan kepada Perdana Menteri.

Rayer juga mempersoalkan tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng, membiarkan Takiyuddin menggunakan perkataan itu, selain tidak melakukan usaha segera bagi menghentikannya.

"Menjadi kesalahan bagi Ahli Dewan Rakyat menggunakan bahasa kurang sopan. Saya dengar tadi ayat al-Quran (hadis riwayat Bukhari) disebut, diikuti perkataan munafik yang digunakan (Takiyuddin).

"Yang di-Pertua hendak benarkan dia (Takiyuddin) menggunakan perkataan 'munafik' terhadap Perdana Menteri dan kita biarkan sahaja?" katanya.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional memetik hadis mengenai tanda munafik, selain menjelaskan terdapat perkataan 'waad', istilah yang digunakan Anwar ketika membentangkan RUU Perbekalan 2027, baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS itu kemudian menjelaskan leksikon 'waad' adalah istilah pinjaman daripada bahasa Arab, membawa pengertian janji.

Susulan itu, Rayer berkali-kali mencelah, meminta ruang diberikan untuk membangkitkan peraturan Dewan, namun permintaannya tidak dilayan sehingga Alice mencelah dan memberhentikan perbahasan Takiyuddin.

Ia kemudian menarik perhatian Datuk Awang Hashim (PN-Pendang), menegaskan Rayer keliru dengan perbahasan Takiyuddin, selain mendakwa salah memetik al-Quran dan potongan hadis dikemukakan.

Rentetan itu, Alice meminta Rayer mengemukakan usul dan menghantarnya kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, untuk tindakan lanjut.

"Saya sudah bagi petua, buat usul dan hantar ke pejabat Tan Sri Speaker. Itu sahaja," kata Ahli Parlimen Lanang itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 5 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • Current hour is 1.3 standard deviations above this event's own baseline
  • Spread across News, YouTube
  • 6 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 52NEWRISINGnow15:00
Latest 15:30 MYT
35Rising
Mentions / h2Velocity0.03/minSources6Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (KiniTV (YouTube)) source
  2. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  3. Spread
    News discussion begins (Berita Harian) source
  4. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  5. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source
  6. Language
    First mixed-language coverage (Malay Mail) source
  7. State
    Rising

    4 sources, growth +100%, z 1.8

Where it started

KiniTV (YouTube) (YouTube)
19 Oct, 14:03 MYT
Origin confidence 60% · 7 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    YouTube (mainstream)
    KiniTV (YouTube)
    14:03
  2. Step 2
    News outlets
    Berita Harian
    14:09 · +7 min
  3. Step 3
    News
    The Vibes
    14:59 · +56 min
Cited on platforms we cannot ingest directly

Internet reaction

News · 1

What we know

  • Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, KiniTV (YouTube), Malay Mail

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (6)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.