
Bekas wartawan perlu bantuan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TEMERLOH: Selepas 36 tahun mengabdikan diri merakam kisah kehidupan masyarakat, bekas wartawan Utusan Malaysia, Nazeri Nong Samah, 66, kini berdepan dugaan kesihatan apabila terlantar akibat penyakit jantung dan strok. (Utusan Malaysia, 08:24)
Read the reporting
1 report
Bekas wartawan perlu bantuan
TEMERLOH: Selepas 36 tahun mengabdikan diri merakam kisah kehidupan masyarakat, bekas wartawan Utusan Malaysia, Nazeri Nong Samah, 66, kini berdepan dugaan kesihatan apabila terlantar akibat penyakit jantung dan strok.
Anak kelahiran Kampung Durian Hijau, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang itu kini tidak mampu menggunakan kedua-dua kakinya dan memerlukan penjagaan rapi selepas kesihatannya merosot susulan terjatuh di bilik air.
Isterinya, Siti Rukiah Hashim, 64, yang tidak bekerja, kini menguruskan keperluan harian suaminya, termasuk mendapatkan barangan penjagaan dan keperluan pemulihan.
“Sejak suami jatuh sakit dan terlantar, saya yang menguruskan keperluannya setiap hari. Buat masa ini, kami sangat memerlukan bantuan untuk membeli susu berkhasiat, vitamin yang sesuai, lampin pakai buang serta peralatan bagi memudahkan penjagaannya.
“Saya berharap ada pihak yang sudi membantu meringankan beban kami, terutama bagi memastikan suami mendapat penjagaan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Pandan Jaya, di sini.
Nazeri memulakan perjalanan kewartawanan ketika menyertai Utusan Melayu sebagai penulis sambilan pada 1976 sebelum dilantik sebagai pemberita tetap. Beliau berkhidmat dalam Kumpulan Utusan sehingga bersara pada 2018.
Beliau pernah bertugas di Temerloh sebelum berkhidmat di Sabah dari 1980 hingga 1982, selain menggalas tanggungjawab sebagai Pengarang URTV dari 1984 hingga 1987.
Sepanjang kerjayanya, beliau berpeluang menemubual tokoh seni seperti Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Allahyarhamah Sharifah Aini, selain Anita Sarawak.
Beliau turut menemubual pemimpin negara termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Siti Rukiah Hashim, 1622 5478 1114, atau menghubungi talian 010-2508269. – UTUSAN
The post Bekas wartawan perlu bantuan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.