Malaysian Attention Engine
Live wire
48General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution40Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202736Samenta gesa komisen platform p-panggilan dihadkan 20%35Sindiket pemalsuan dokumen perjalanan tumpas, lima individu ditahan34World : Indonesia Forest Fires Fuel Public Frustration, Regional Concern34Business : Liam Welcomes RM200 Mediasas Subsidy For Eligible SME Employees34[VIDEO] Apa yang kecoh di Damansara petang tadi?33Anker soundcore AeroClip 2 Earbuds Officially Available In Malaysia33General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions32Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan31General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income31Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Belanjawan 2027 perlu perkukuh perlindungan sosial pekerja filem - PROFIMA

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 21:44 MYTLatest activity 9 Oct, 21:44BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Perlindungan sosial dan sistem imbuhan yang adil perlu diperkukuh bagi menjamin kebajikan serta kelangsungan hidup pekerja industri filem yang berdepan ketidakpastian pendapatan akibat sistem pekerjaan berasaskan projek. (Berita Harian, 21:44)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Belanjawan 2027 perlu perkukuh perlindungan sosial pekerja filem - PROFIMA

By Serimah Mohd Sallehuddin · 9 Oct, 21:44 MYT

KUALA LUMPUR: Perlindungan sosial dan sistem imbuhan yang adil perlu diperkukuh bagi menjamin kebajikan serta kelangsungan hidup pekerja industri filem yang berdepan ketidakpastian pendapatan akibat sistem pekerjaan berasaskan projek.

Persatuan Pekerja Profesional Industri Filem Malaysia (PROFIMA) berpandangan, perhatian terhadap kebajikan pekerja gig dalam Belanjawan 2027 perlu merangkumi tenaga kerja industri kreatif yang kebanyakannya tidak mempunyai majikan tetap, selain bergantung pada kontrak jangka pendek dan jadual produksi.

Presidennya, Khalil Saleh, berkata persatuan itu menyambut baik penekanan kerajaan terhadap peningkatan pendapatan rakyat, kebajikan pekerja dan pengukuhan perlindungan sosial, termasuk bagi sektor ekonomi gig.

Katanya, pelbagai inisiatif diumumkan kerajaan mencerminkan kesungguhan dalam mengiktiraf potensi sektor berkenaan, termasuk pekerja industri filem dan kreatif yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

"Kami di sektor pekerja gig turut berbangga kerana isu dan ikhtiar kerajaan dalam Belanjawan 2027 disampaikan lebih awal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi pelbagai inisiatif besar.

"Ia menterjemahkan keprihatinan dan keseriusan kerajaan dalam melihat potensi sektor ini," katanya kepada BH Online.

Khalil berkata, kebajikan pekerja filem perlu diberi perhatian sewajarnya berikutan sebahagian besar tenaga kerja industri itu tidak mempunyai majikan tetap, manakala pendapatan mereka bergantung pada peluang pekerjaan dan jadual produksi.

Justeru, katanya, perbincangan mengenai kebajikan pekerja gig perlu mengambil kira realiti pekerjaan dalam industri kreatif yang memperoleh tugasan secara langsung daripada syarikat produksi dan penerbit, bukan hanya pekerja yang menawarkan perkhidmatan melalui platform digital.

"PROFIMA turut menyambut baik usaha memperkukuh perlindungan sosial melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), khususnya bagi membantu pekerja menghadapi risiko pekerjaan, tempoh tanpa projek dan ketidakpastian pendapatan.

"Bagi pekerja filem yang mempunyai pendapatan tidak tetap, akses kepada perlindungan sosial amat penting untuk menghadapi risiko pekerjaan, kecederaan serta tempoh tanpa projek yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan mereka," katanya.

Beliau turut berpandangan, peranan Majlis Perundingan Gig (MPGig) di bawah kerangka Akta Pekerja Gig 2025 penting dalam memperluas perbincangan mengenai pendapatan dan standard perlindungan yang sewajarnya dinikmati pekerja sektor berkenaan.

Pada masa sama, Khalil menyambut baik pengumuman peningkatan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan bagi sektor yang ditetapkan kerajaan, sambil berharap prinsip imbuhan adil turut dijadikan panduan dalam menentukan bayaran pekerja kreatif.

"Bagi industri perfileman, prinsip imbuhan yang adil dan setimpal dengan kemahiran, pengalaman serta tanggungjawab profesional juga penting, khususnya bagi pekerja yang menerima bayaran mengikut projek dan bukannya gaji bulanan tetap," katanya.

Sehubungan itu, PROFIMA berharap perhatian kerajaan terhadap kebajikan pekerja gig dapat membuka ruang kepada pendekatan lebih menyeluruh dalam menangani cabaran pekerjaan sektor filem dan kreatif.

Persatuan itu turut menegaskan pembangunan industri perfileman yang mampan perlu bergerak seiring dengan peningkatan taraf hidup, pengiktirafan kemahiran dan kesejahteraan tenaga kerja belakang tabir.

PROFIMA, katanya, akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan pemain industri bagi memperkukuh ekosistem pekerjaan sektor berkenaan demi menjamin kebajikan serta kelangsungan kerjaya tenaga kerja filem tempatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow22:0023:00
Latest 23:50 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 21:44 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    21:44

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Belanjawan 2027 perlu perkukuh perlindungan sosial pekerja filem - PROFIMA · Malaysian Attention Engine