
Sindiket pemalsuan dokumen perjalanan tumpas, lima individu ditahan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Sindiket pemalsuan dokumen perjalanan tumpas, lima individu ditahan (Harian Metro, 23:34)
Read the reporting
1 report
Sindiket pemalsuan dokumen perjalanan tumpas, lima individu ditahan
hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sindiket pemalsuan dokumen perjalanan antarabangsa yang dipercayai didalangi beberapa individu warga Pakistan tumpas selepas lima individu ditahan dalam dua serbuan di Setapak, di sini, hari ini.
Operasi menerusi OPS SERKAP oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) pada kira-kira 6.30 pagi itu dijalankan hasil risikan selama tiga bulan terhadap kegiatan sindiket berkenaan.
Pengarah Imigresen Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Hamsha Injau berkata, sindiket itu disyaki terbabit dalam kegiatan pemalsuan dan pengubahan dokumen perjalanan antarabangsa bagi mendapatkan kelulusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing menerusi Foreign Workers Medical Examination Monitoring Agency (FOMEMA).
"Dalam serbuan pertama, dua lelaki warga Pakistan ditahan kerana disyaki terbabit dalam urusan penyerahan dokumen perjalanan antarabangsa yang diusik dan diubah secara menyalahi undang-undang.
"Pihak imigresen turut merampas 14 pasport pelbagai negara, wang tunai RM2,100 serta dua kenderaan jenis Honda Jazz dan Honda City yang dipercayai digunakan ahli sindiket," katanya dalam kenyataan.
Operasi kemudian diteruskan dengan serbuan kedua di sebuah premis kediaman yang dipercayai digunakan sindiket, membawa kepada penahanan tiga warga Malaysia yang disyaki bersubahat dalam kegiatan itu.
Dalam serbuan berkenaan, JIM merampas 69 pasport pelbagai negara yang disyaki diusik dan diubah, 50 dokumen perjalanan antarabangsa yang disyaki palsu, sebuah komputer riba, sebuah mesin pencetak, telefon bimbit, wang tunai RM2,000 serta kunci premis kediaman.
"Keseluruhannya, lima individu ditahan dan dibawa ke Pejabat Sektor Operasi, Bahagian Penguatkuasa JIMWPKL untuk dokumentasi serta tindakan lanjut. Mereka disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966," katanya.
Beliau berkata, kertas siasatan dibuka bagi mengenal pasti penglibatan pihak lain serta mengumpulkan bukti untuk tindakan perundangan dan pendakwaan, tertakluk kepada hasil siasatan.
"JIMWPKL melalui Bahagian Penguatkuasa akan terus komited dalam membanteras kegiatan pemalsuan dokumen perjalanan antarabangsa dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang negara," katanya.
JIM turut menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 atau peruntukan undang-undang lain yang berkuat kuasa.
"JIM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melindungi, membantu atau bersubahat dengan PATI serta tidak terlibat dalam sebarang kegiatan pemalsuan dokumen perjalanan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro23:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.