Malaysian Attention Engine
Live wire
52Polis tahan suspek kes kejar mengejar di PJ49Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat48General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income47World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix43Nahas 11 kenderaan: Pemandu lori positif dadah | Sinar Harian41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption41World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia40General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar40General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar37Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas36Sport : Denmark Open: Kai Wun-Wei Chong Targets Top Ten Ranking
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Bina sistem elak rasuah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 08:07 MYTLatest activity 10 Oct, 08:07BMconfidence 60%

What happened

SAYA membaca dengan penuh perhatian jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen baru-baru ini mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik. (Berita Harian, 08:07)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Bina sistem elak rasuah

By Datuk Dr Anis Yusal Yusoff · 10 Oct, 08:07 MYT

SAYA membaca dengan penuh perhatian jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen baru-baru ini mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik.

Ada beberapa perkara yang bagi saya amat penting dalam jawapan beliau itu. Pertama, kerajaan masih mempertimbang larangan penerimaan sumbangan asing oleh parti politik. Kedua, dana disalurkan melalui pihak ketiga juga mahu diletakkan di bawah kawal selia sama.

Penerimaan dan penggunaan dana politik dicadangkan melalui saluran rasmi yang boleh direkodkan, dijejaki dan diaudit. Malah, laporan kewangan tahunan diaudit serta pendedahan maklumat dana politik kepada umum turut dicadangkan.

Lebih penting, kerajaan menyatakan kawal selia ini hendaklah meliputi keseluruhan kitaran politik - sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Bagi saya, inilah antara perkara yang sudah lama kita perjuangkan.

Saya mempunyai hubungan agak panjang dengan isu pendanaan politik. Pada 2015, saya diberi amanah sebagai Setiausaha Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik dipengerusikan bersama oleh Datuk Paul Low Seng Kuan dan Datuk Seri Idris Jala. Saya juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal yang mengkaji perkara ini.

Kami mendengar pelbagai pandangan, mengkaji pengalaman negara lain dan akhirnya mengemukakan 32 syor.

Sudah lebih sedekad. Sebab itu apabila membaca jawapan menteri di Parlimen, perasaan saya bercampur antara lega dan bimbang. Lega kerana perkara ini masih bergerak. Bimbang kerana kita sudah terlalu lama mengetahui masalahnya.

Pada asasnya, persoalan pendanaan politik sebenarnya mudah. Politik memerlukan wang. Namun, wang dalam politik tidak boleh dibiarkan tanpa peraturan.

Parti politik memerlukan dana. Pilihan raya memerlukan perbelanjaan. Program bersama rakyat, pentadbiran, penyelidikan dan komunikasi semuanya memerlukan wang.

Tidak salah orang ramai atau pihak tertentu mahu menyumbang kepada perjuangan politik yang mereka percayai. Namun, rakyat berhak bertanya: wang itu datang daripada siapa? Berapa banyak? Untuk tujuan apa? Dan apakah yang diharapkan sebagai balasan?

Bayangkan sebuah syarikat menyumbang RM10 juta kepada sebuah parti. Beberapa bulan kemudian syarikat itu memperoleh projek besar kerajaan. Adakah kedua-duanya mempunyai kaitan? Mungkin tidak.

Namun tanpa pendedahan dan sistem yang telus, bagaimana rakyat hendak mengetahuinya? Lebih membimbangkan jika wang itu datang dari luar negara atau disalurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat, proksi atau pihak ketiga sehingga sumber asalnya tidak lagi kelihatan.

Sebab itu saya sangat menyokong prinsip yang dinyatakan dalam jawapan Azalina bahawa dana melalui pihak ketiga juga mesti tertakluk kepada kawal selia. Kalau tidak, kita hanya menutup pintu hadapan tetapi membiarkan pintu belakang terbuka.

1MDB jadi pengajaran

Kita pernah melalui pengalaman 1MDB. Janganlah kita melihat 1MDB semata-mata sebagai kisah individu yang melakukan kesalahan. Ia juga harus menjadi pengajaran mengenai apa yang boleh berlaku apabila wang yang terlalu besar bertemu kuasa yang terlalu besar dalam persekitaran yang semak dan imbangnya tidak cukup kuat.

Akhirnya nanti negara yang harus membayar harga yang sangat mahal. Sebab itu kepada rakan-rakan dalam politik yang mungkin berasa kurang selesa apabila penderma perlu didedahkan, akaun perlu diaudit atau sumber wang perlu diperiksa, saya ingin mengajak mereka melihat perkara ini bukan sebagai ancaman.

Undang-undang ini sebenarnya boleh melindungi ahli politik. Ia membezakan sumbangan sah daripada rasuah. Ia melindungi penderma ikhlas dan ia melindungi ahli politik daripada tuduhan apabila semuanya direkod, diaudit dan boleh dijelaskan.

Ketelusan bukan hukuman. Ketelusan ialah perlindungan. Malah, ketika kami mengemukakan cadangan dahulu, semangatnya bukan untuk memburu sesiapa atas apa yang berlaku pada masa lalu. Kita mahu membina sistem lebih baik untuk masa hadapan.

Sebab itu saya berharap proses yang sedang berjalan sekarang tidak sekali lagi berakhir dengan laporan, seminar, konvensyen dan satu lagi pusingan konsultasi.

Kerajaan hari ini sudah menjalankan kajian. Dalam jawapan Parlimen ini, dinyatakan 88.4 peratus daripada 3,422 responden menyokong keperluan undang-undang khusus berkaitan pendanaan politik. Sebelum ini kerajaan juga meminta pendirian rasmi parti politik terhadap RUU berkenaan.

Maka sudah sampai masanya keberanian politik menyusuli kajian itu. Saya khuatir kerana kerajaan boleh bertukar. Menteri bertukar. Parti memegang kuasa juga boleh bertukar. Namun, undang-undang yang baik tidak sepatutnya bergantung kepada siapa yang sedang berkuasa.

Kepada semua ahli politik, fikirkanlah lebih jauh daripada pilihan raya akan datang. Fikirkan negara yang mahu kita tinggalkan kepada anak cucu kita. Jika benar kita mahu memerangi rasuah, jangan hanya menangkap manusia setelah rasuah berlaku. Binalah sistem yang menyukarkan rasuah daripada berlaku.

Penulis ialah Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:28 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
10 Oct, 08:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Bina sistem elak rasuah
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.