Malaysian Attention Engine
Live wire
86General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon85General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar75Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda73Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing70Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara67Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan65Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat65Kerajaan pinda akta, pemandu mabuk atau pengaruh dadah wajib bayar pampasan62Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik60Peruntukan Jualan Rahmah, Agro Madani naik kepada RM750 juta59Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00057Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat
NewUnconfirmedupdated 5 h ago

Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 11:56 MYTLatest activity 9 Oct, 11:56BMconfidence 60%

What happened

KANGAR: Pendapatan pesawah dijangka terjejas berikutan hasil padi tidak mampu menampung kenaikan kos ketika fasa menuai musim tanaman 1/2026 mula dilaksanakan di kawasan sawah sekitar Kedah dan Perlis. (Berita Harian, 11:56)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas

By Noor Sara Mohamad Hanif · 9 Oct, 11:56 MYT

KANGAR: Pendapatan pesawah dijangka terjejas berikutan hasil padi tidak mampu menampung kenaikan kos ketika fasa menuai musim tanaman 1/2026 mula dilaksanakan di kawasan sawah sekitar Kedah dan Perlis.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, berkata fasa penuaian kini rancak berlangsung membabitkan kira-kira 30 hingga 40 peratus kawasan sawah dan ia dijangka berterusan sehingga November depan.

Katanya, kelewatan fasa menuai musim ini berlaku berikutan kelewatan jadual penanaman akibat kemarau panjang dan masalah bekalan air empangan.

"Petani berada pada tahap membimbangkan berikutan lonjakan kos operasi terlampau tinggi apabila kos jentera pembajakan dan penuaian meningkat sehingga 52 peratus.

"Ada petani terpaksa beli diesel pada harga runcit tanpa subsidi dan kita masih menunggu pelaksanaan kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk sektor pertanian.

"Disebabkan kos yang tinggi ini, margin keuntungan menjadi terlalu kecil sehingga merugikan pesawah. Hasil padi pula dijangka hanya sekitar lima hingga 5.5 tan per hektar. Tahap selamat sepatutnya adalah tujuh tan per hektar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rashid berkata, sistem pemotongan pemutuan padi secara tidak rasional oleh pihak kilang turut menyukarkan dan disifatkan sebagai menindas golongan pesawah.

Katanya, berlaku pemotongan minimum 20 peratus atau 200 kilogram bagi setiap satu tan padi yang dihantar ke kilang sedangkan pesawah bertungkus-lumus menjaga kualiti tanaman setiap musim.

"Setiap kali harga lantai naik, kadar pemotongan juga automatik naik. Dulu harga padi RM1,100 dan potongan 17 peratus, apabila harga naik menjadi RM1,200, potongan jadi 20 peratus pula.

"Sekarang bila harga RM1,500, wujud bermacam-macam 'mainan' sehingga ada kilang yang potong hingga 25 hingga 35 peratus," katanya.

Pesawah, Sukardi Mat Dali, 60, berkata masalah kelewatan pengedaran baja dan benih memburukkan lagi keadaan sehingga purata tuaian merosot kepada satu hingga 1.5 tan per hektar.

"Jika dihitung hasil bersih satu tan, kami dapat RM1,500 berserta subsidi bantuan RM500 menjadikan jumlah RM2,000. Untuk tempoh penanaman selama enam bulan (180 hari), nilai RM2,000 itu bermaksud kami hanya memperoleh sekitar RM11 sehari untuk serelung.

"Pendapatan ini sangat merudum dan tidak mencukupi, sebab itulah ramai pesawah mula mendesak kerajaan menyalurkan bantuan wang sara hidup bulanan seperti mana yang diberikan kepada nelayan," katanya.

Bagi pesawah dari Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, Mohd Noor Hashim, 63, pula penuaian padi di kawasannya masih berjalan dengan berbaki sekitar 30 peratus keluasan belum dituai, namun mengakui secara keseluruhannya pendapatan pesawah merosot kira-kira 30 peratus pada musim ini.

Media sebelum ini melaporkan, kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima bekalan baja tambahan ketiga, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap hasil tuaian musim semasa.

Selepas beberapa bulan berlarutan, isu kelewatan bekalan baja sebatian tambahan itu akhirnya diselesaikan dengan penghantaran baki bekalan dalam tempoh 10 hari bermula 3 September lalu.

Pada 21 September lalu, proses pengagihan baja sebatian tambahan atau Baja 3 kepada seluruh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) selesai sepenuhnya dengan kualiti baja keluaran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dilaporkan memuaskan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:0013:0014:0015:0016:0017:00
Latest 17:08 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 11:56 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:56

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas · Malaysian Attention Engine