
Bom ikan meletup ketika dihasilkan di dapur rumah, lelaki kritikal
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah selepas bom ikan dipercayai sedang dihasilkannya meletup di dapur sebuah rumah di Kampung Keliangau, Menggatal, di sini, hari ini. (Berita Harian, 21:29)
Read the reporting
1 report
Bom ikan meletup ketika dihasilkan di dapur rumah, lelaki kritikal
KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah selepas bom ikan dipercayai sedang dihasilkannya meletup di dapur sebuah rumah di Kampung Keliangau, Menggatal, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa, 37, parah pada kedua-dua tangan dan perut.
Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Menggatal sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan kini dilaporkan kritikal serta tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata kejadian berlaku di bahagian dapur rumah berkenaan di Jalan Reflesia, Kampung Keliangau.
"Sepasukan anggota bersama Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan IPD Kota Kinabalu menjalankan pemeriksaan di lokasi.
"Pemeriksaan menemukan beberapa bahan disyaki digunakan untuk menghasilkan bom ikan buatan sendiri.
"Semuanya dirampas bagi tujuan pemeriksaan teknikal serta siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, dengan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar letupan, sumber bahan yang digunakan serta kemungkinan pembabitan individu lain.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.