Malaysian Attention Engine
Live wire
53Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching47General : Youths Must Take The Lead Now, Not Just The Future - PM Anwar4040 rumah, 2 jambatan gantung dihanyutkan banjir kilat di Nepal39Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok37World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport36General : Haze: Johor Extends Closure Of Schools, Educational Institutions Until Oct 1636Football: Soccer-Real Betis beat Osasuna to go third in LaLiga36109 migrants, including 15 children dead after boat from Djibouti to Yemen capsizes, UN agency says35World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday35‘GTA 6’ Leaker To Release The Entire Game Build If Rockstar Doesn’t Meet Demands34Pakistan president imposes emergency in province ruled by ex-PM Imran Khan’s party34Man hurt fleeing George Town EV battery storage blaze as firefighters bring flames under control
ExplodingConfirmedupdated 25 min ago

Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
54
+300% / 60 min
Momentum
67
4 vs 1 mentions/h
Sources
6
5 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 09:33 MYTLatest activity 12 Oct, 10:17ENBMconfidence 84%

What happened

Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching (Harian Metro, 09:33)

Read the reporting

5 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Pemuda terbabit nahas ragut nyawa budak lima tahun dikesan polis dalam hospital swasta

By Hafidzul Hilmi Mohd Noor · 12 Oct, 10:17 MYT

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut di sini.

Dalam kejadian jam 3.44 petang Sabtu, kanak-kanak malang yang berada di tempat duduk penumpang belakang kereta Perodua Bezza itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata, kemalangan berkenaan membabitkan lima kereta dan sebuah motosikal yang berlaku ketika aliran trafik sedang bergerak perlahan.

"Siasatan awal mendapati kereta Perodua Bezza dipandu bapa mangsa berusia 30 tahun dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta model BYD Seal.

"Rempuhan itu turut membabitkan sebuah motosikal sebelum kenderaan mangsa berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain iaitu kereta Nissan Almera, Kenderaan Serba Guna (MPV) Toyota Alphard dan Perodua Myvi," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Mohd Zamzuri berkata, bapa mangsa mengalami luka di tangan kanan, manakala penunggang motosikal Yamaha 135LC berusia 33 tahun cedera di bahagian kepala.

Kedua-dua mangsa menerima rawatan di HKL.

"Polis berjaya mengesan pemandu kenderaan BYD Seal yang dilaporkan meninggalkan lokasi kejadian sejurus kemalangan berlaku.

"Pemandu BYD Seal itu adalah lelaki berusia 24 tahun itu. Dia kini sedang dirawat di salah sebuah hospital swasta di Damansara kerana mengalami kecederaan gegaran pada otak.

"Suspek kini masih dalam pemantauan pegawai penyiasat dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan," katanya.

Sementara itu, tiga lagi individu iaitu pemandu Nissan Almera berusia 28 tahun, pemandu Toyota Alphard berusia 37 tahun, serta pemilik Perodua Myvi berusia 30 tahun dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.

"JSPT Kuala Lumpur turut menyeru orang ramai serta saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 5 · arrow keys switch reports

Why it is exploding

  • Mention velocity 4.0× the previous hour (4 vs 1 mentions)
  • Current hour is 3.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 6 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (8 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 5 mentions/hpeak 56NEWRISINGACCELERATINGnow10:00
Latest 10:36 MYT
54Exploding
Mentions / h4Velocity0.07/minSources6Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  3. Language
    First English coverage (Free Malaysia Today) source
  4. Language
    First English coverage (Google News Malaysia (ZH)) source
  5. State
    Rising

    5 sources, growth +400%, z 0.0

  6. State
    Accelerating

    growth +500% with positive acceleration

  7. State
    Exploding

    attention 54, growth +300%, 1 platforms, 6 sources

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 09:33 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    09:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 6 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Google News Malaysia (ZH), Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (8)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.