
Bursa Malaysia didik pelaburan, kesedaran penipuan seawal 8 tahun
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Bursa Malaysia didik pelaburan, kesedaran penipuan seawal 8 tahun (Harian Metro, 15:21)
Read the reporting
1 report
Bursa Malaysia didik pelaburan, kesedaran penipuan seawal 8 tahun
mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Pendidikan mengenai pelaburan dan kesedaran terhadap penipuan kini diperkenalkan seawal usia lapan tahun menerusi pendekatan permainan bagi membentuk generasi pelabur yang lebih bijak dan berwaspada.
Pengarah Kumpulan Komersial dan Liputan Pasaran Bursa Malaysia, Stephanie Tan Kar Mun berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan ialah program Bermon Trader atau Bursa Monsters yang menyasarkan kanak-kanak berusia antara lapan hingga 14 tahun.
Katanya, program berkenaan menggunakan pendekatan gamifikasi bagi mengajar golongan muda mengenai asas perdagangan dan pada masa sama mengenal pasti penipuan dalam suasana yang menyeronokkan.
"Bursa Monsters ini seperti permainan, di mana kanak-kanak boleh membeli dan berdagang Bursa Monsters yang mempunyai harga dan nilai seolah-olah saham.
"Dalam permainan itu juga akan ada berita termasuk berita yang sebenarnya adalah scam. Kita mahu lihat sama ada mereka akan terpedaya atau tidak.
"Selepas permainan tamat, mereka akan diberikan laporan yang menerangkan bahawa perkara itu sebenarnya adalah scam supaya mereka belajar mengenalinya," katanya kepada Harian Metro.
Stephanie berkata, pendidikan seumpama itu penting untuk membina kesedaran sejak awal supaya golongan berkenaan lebih bersedia apabila memasuki pasaran pelaburan apabila dewasa kelak.
Menurutnya, Bursa turut menyediakan Bursa Inter-Varsity Stock Challenge bagi pelajar universiti yang mahu mendalami asas pelaburan menerusi pengalaman lebih praktikal.
"Peserta dipadankan dengan penganalisis penyelidikan berlesen untuk mempelajari asas pelaburan, termasuk menghasilkan laporan penyelidikan mengenai sesuatu saham.
"Mereka akan belajar perkara utama yang perlu dicari sebelum melabur, termasuk melihat prospek masa depan syarikat, potensi pertumbuhan jangka panjang dan penciptaan nilai.
"Kita juga ada program virtual trading seperti simulator saham yang membolehkan mereka belajar membuat keputusan pelaburan dan melihat kesan keuntungan atau kerugian tanpa menggunakan wang sebenar," katanya.
Beliau berkata, pendekatan itu sebahagian daripada usaha Bursa untuk memastikan kemasukan generasi muda ke pasaran modal disertai pengetahuan, keyakinan dan disiplin yang mencukupi.
"Golongan muda semakin ramai memasuki pasaran, jadi kita mahu memastikan mereka berpendidikan dan tahu perkara yang perlu dilihat sebelum membuat keputusan pelaburan.
"Kita mahu membina pelabur masa depan yang bukan sahaja tahu bagaimana untuk melabur, tetapi juga mampu mengenal pasti risiko dan tidak mudah terpedaya dengan penipuan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.