
ChatGPT beri syor jadi ejen hartanah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ChatGPT beri syor jadi ejen hartanah (Harian Metro, 06:58)
Read the reporting
1 report
ChatGPT beri syor jadi ejen hartanah
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Ipoh: Selepas menggantung but sebagai pemain bola sepak, pemuda ini pernah bergelar usahawan pakaian sebelum keluar daripada zon selesa dengan menjadi ejen hartanah.
Menariknya, Abdul Rashid Razak, 27, mendapat cadangan kerjaya sebagai ejen hartanah daripada ChatGPT dan percubaannya tidak sia-sia kerana semakin menampakkan hasilnya.
Buktinya, Abdul Rashid yang menetap di Batu Gajah di sini berjaya 'memancing' klien menerusi jualan secara siaran langsung di TikTok hingga meraih tempahan 44 unit rumah bernilai lebih RM10 juta bulan lalu.
Jika pinjaman bank diluluskan, Abdul Rashid berpeluang meraih pulangan komisyen mencecah RM162,000.
Di sebalik kemanisan itu, Abdul Rashid mengakui tidak mudah sampai ke tahap ini kerana dia pernah melalui fasa sukar selepas terpaksa menamatkan lebih awal karier sebagai pemain bola sepak enam tahun lalu.
"Ia terjadi selepas kelab diwakili iaitu FELDA United FC (FUFC) dibubarkan oleh pihak pengurusan.
"Waktu itu pun Covid-19 jadi saya tiada pilihan melainkan pulang ke kampung halaman di Pantai Remis, Perak bagi membina hidup baru selepas lima tahun menjadi pemain bola sepak.
"Bagi meneruskan hidup, saya cuba bangkit dengan menjual pakaian namun perniagaan diusahakan jatuh dua tahun lalu akibat permintaan yang semakin berkurang dan kegagalan menguruskan kewangan dengan betul.
"Dalam keadaan buntu, saya tanya dengan ChatGPT apa bidang kerjaya boleh diteroka dan disyorkan menjadi ejen hartanah," katanya kepada Harian Metro.
Tanpa pengalaman, Abdul Rashid mengikut cadangan ChatGPT dan tidak sangka bertahan sehingga ke hari ini walaupun tiada ilmu pun dalam bidang jualan pada peringkat permulaan.
"Tak mudah kerana saya seorang yang pendiam tapi sebagai ejen hartanah, saya kena ubah karakter itu.
"Mengenangkan nak mencari duit, saya ketepikan perasaan malu dengan beranikan diri untuk bercakap di hadapan kamera.
"Lama kelamaan, saya dapat sesuaikan diri hingga tidak kekok lagi," katanya kepada Harian Metro.
Bercerita lanjut, Abdul Rashid berkata, cabaran awalnya adalah meraih kepercayaan dan meyakinkan pembeli untuk berurusan dengannya.
Ia kerana bukan semua individu percaya dan yakin dengan apa dikongsikan di media sosial berikutan tidak pernah bersemuka hingga ramai juga khuatir mereka menjadi mangsa sindiket penipuan atau scammer .
"Saya pernah live (bersiaran langsung) di studio tapi jumlah tontonan tak tinggi kemudian beralih kepada siaran langsung dekat tapak projek," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.