Malaysian Attention Engine
Live wire
53Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM12545Boleh kritik tapi biar beradab, bertanggungjawab - MCMC45Tiga lelaki ditahan, curi motosikal44Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif44General : M40 Households Can Seek Aid Reassessment After Income Loss - Liew43Isu derma Najib: Jangan buli mahasiswa kerana berani bersuara – Wan Fauzuldin42M40 hilang kerja boleh rayu penilaian semula bantuan40Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’38General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 136Zahid nasihat ADUN BN jangan campur tangan urusan DKU, institusi diraja36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35‘We cannot sit back’: Malaysia offers aircraft to fight Indonesia forest fires despite dangerously poor visibility
AcceleratingConfirmedupdated 18 min ago

Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM125

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
53
+100% / 60 min
Momentum
65
4 vs 2 mentions/h
Sources
7
6 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:04 MYTLatest activity 19 Oct, 12:09ENBMconfidence 84%

What happened

KUALA LUMPUR: Tambang bagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan bermula daripada RM125 untuk perkhidmatan transit Kelas Ekonomi bagi perjalanan di antara Gombak dan Kota Bharu, menjelang permulaan operasi komersial landasan kereta api itu yang dijadualkan pertengahan Disember ini. (Berita Harian, 11:04)

Read the reporting

5 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Tambang ECRL ke Kota Bharu bermula RM125 sehala

By .JOHANNA MUMTAZ WANPA · 19 Oct, 11:48 MYT

GOMBAK: Kerajaan meluluskan cadangan pelaksanaan tambang perkhidmatan penumpang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan kadar kelas Ekonomi bagi perjalanan Transit dari Gombak ke Kota Bharu bermula serendah RM125 sehala.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, tambang kelas Ekonomi bagi perkhidmatan Ekspres untuk perjalanan sama sejauh 523 kilometer pula bermula serendah RM147 sehala.

“Bagi perjalanan Gombak ke Kuala Terengganu sejauh 378 kilometer, kadar tambang perkhidmatan Transit bermula RM95 manakala tambang bagi perkhidmatan Ekspres untuk perjalanan sama bermula RM110.

“Sementara itu, perjalanan Gombak ke KotaSAS sejauh 209 kilometer ditawarkan pada kadar permulaan RM60 bagi Transit dan RM68 bagi Ekspres. Kadar tambang permulaan yang sama turut terpakai bagi perjalanan arah sebaliknya,” katanya kepada pemberita semasa sidang media kadar tambang ECRL di Stesen ECRL di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Darwis berkata, cadangan pelaksanaan tambang yang diluluskan itu mengambil kira keseimbangan antara kemampuan rakyat, nilai perkhidmatan yang ditawarkan serta kemampanan operasi ECRL dalam jangka panjang.

Katanya, pendekatan tambang dinamik membolehkan pengurusan permintaan penumpang dilaksanakan dengan lebih berkesan di samping memastikan perkhidmatan ECRL kekal berdaya saing.

“Melalui mekanisme ini, harga tiket boleh berubah mengikut faktor seperti waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk sekali gus memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk merancang perjalanan mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

“Perkhidmatan Transit akan berhenti di setiap stesen yang dijadualkan manakala perkhidmatan Ekspres memberikan tumpuan kepada empat stesen utama iaitu Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu dan Kota Bharu,” katanya.

Menurut Darwis, Jemaah Menteri turut meluluskan diskaun sebanyak 50 peratus kepada kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun, warga emas warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas, pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) serta pesara kerajaan.

Katanya, pelajar berumur 13 hingga 24 tahun pula akan menikmati diskaun sebanyak 40 peratus menerusi pendekatan tambang inklusif dan mesra rakyat bagi perkhidmatan berkenaan.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan manfaat ECRL dapat dinikmati secara lebih meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat sekali gus meningkatkan akses kepada pengangkutan awam moden yang selesa dan berpatutan.

“Penjualan tiket rasmi ECRL dijadualkan bermula pada pertengahan November 2026, manakala operasi komersial penumpang bagi laluan Gombak ke Kota Bharu disasarkan bermula pada pertengahan Disember 2026, tertakluk kepada penyempurnaan keperluan keselamatan dan kelulusan berkaitan,” katanya. – UTUSAN

The post Tambang ECRL ke Kota Bharu bermula RM125 sehala appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 5 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • Mention velocity 1.5× the previous hour (3 vs 2 mentions)
  • Current hour is 2.7 standard deviations above this event's own baseline
  • 6 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (6 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 4 mentions/hpeak 55NEWRISINGnow12:00
Latest 12:25 MYT
53Accelerating
Mentions / h4Velocity0.07/minSources7Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS)) source
  3. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source
  4. State
    Rising

    6 sources, growth +400%, z 0.0

  5. Language
    First English coverage (The Vibes) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 11:04 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:04
  2. Step 2
    News
    Scoop
    11:54 · +51 min

Internet reaction

What we know

  • Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS), Harian Metro, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (8)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.