
D'Senyum sasar perkukuh perkhidmatan kesihatan pergigian
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kuala Lumpur: Syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan pergigian, D'Senyum Sdn Bhd menandakan pencapaian penting dalam lipatan sejarahnya menerusi pelancaran rasmi jenama D'Senyum serta penjenamaan semula klinik pergigiannya di Seremban, Negeri Sembilan. (Harian Metro, 17:37)
Read the reporting
1 report
D'Senyum sasar perkukuh perkhidmatan kesihatan pergigian
Kuala Lumpur: Syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan pergigian, D'Senyum Sdn Bhd menandakan pencapaian penting dalam lipatan sejarahnya menerusi pelancaran rasmi jenama D'Senyum serta penjenamaan semula klinik pergigiannya di Seremban, Negeri Sembilan.
Langkah strategik ini sekali gus membuka babak baharu buat kumpulan pergigian berkenaan yang sudah bertapak dan mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun dalam industri penjagaan kesihatan pergigian di negara ini.
Kumpulan D'Senyum kini diterajui oleh Pengerusi Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Pengalaman luas Mohd Shafiq selama hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam khususnya dalam tadbir urus, pentadbiran kesihatan, dasar dan pengurusan kewangan membawa perspektif kepimpinan yang berharga buat hala tuju perniagaan D'Senyum.
Inisiatif pelancaran ini bukanlah penubuhan rangkaian klinik pergigian yang baharu, sebaliknya mewakili proses evolusi dan penjenamaan semula bagi menyatukan kepakaran klinikal, tenaga kerja dan keupayaan operasi di bawah satu identiti sepadu.
Hingga kini, D'Senyum diperkasa oleh lebih 100 warga kerja merangkumi pakar pengurusan dan teknologi, serta disokong oleh lebih 25 doktor gigi dan pakar pergigian yang berpengalaman.
Pelancaran rasmi itu turut menampilkan barisan kepimpinan utama syarikat termasuk Pemilik, Pemegang Saham merangkap Pengarah Lembaga, Jeeva Kumar serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) D'Senyum, Dr Lalitha Jaya Gobi.
Mohd Shafiq berkata, kejayaan sesebuah organisasi kesihatan tidak hanya diukur melalui kadar pertumbuhan perniagaan semata-mata, sebaliknya menerusi kualiti perkhidmatan yang disampaikan serta kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat.
"Pendekatan D'Senyum memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama iaitu penjagaan pesakit, aplikasi teknologi moden serta budaya kerja berpasukan bagi memastikan standard perkhidmatan yang konsisten," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Dr Lalitha berkata, penjenamaan semula klinik di Seremban bertujuan memperkukuh hubungan sedia ada dengan pesakit tempatan menerusi peningkatan kualiti perkhidmatan dan fasiliti moden.
"D'Senyum komited untuk mewujudkan persekitaran kerja beretika bagi warga profesional pergigian, di samping memastikan pertumbuhan perniagaan syarikat sentiasa seiring dengan tanggungjawab terhadap pesakit.
"Melalui asas kukuh dan kepimpinan berkaliber, kami merancang untuk terus meluaskan rangkaian klinik, meningkatkan keupayaan teknologi digital dan menawarkan perkhidmatan pergigian berstandard tinggi kepada lebih banyak komuniti," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro17:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.