Malaysian Attention Engine
Live wire
35Indonesian police confirm foreign links in 98 forest and land fire cases28No agreement to support AirAsia financially, says govt28General : Govt To Study Feasibility Of Expanding Implementation Of EKYC Verification To Online Gaming Platforms - Fahmi27Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan27Polis Indonesia sahkan penglibatan pihak asing dalam 98 kes kebakaran hutan27Lagi kemalangan lori di Persiaran Mokhtar Dahari26Hamzah believes Anwar will call for GE16 by August 202726Indonesia turunkan had penurunan harga saham kepada tujuh peratus26Dana tambahan RM500 juta dilulus untuk kementerian Zahid selepas terlebih belanja25Raja Permaisuri Agong kurnia 500,000 pelitup muka buat pelajar sekolah di Johor25Australian lawmaker Helen Haines in critical condition after vehicle attack25New Zealand annual imports from Southeast Asia up 15 pct-Xinhua
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Dana RM100 juta buka laluan projek digital Sarawak

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 01:22 MYTLatest activity 20 Oct, 01:22BMconfidence 60%

What happened

KUCHING: Borneo Digital Capital Fund PLT melancarkan dana RM100 juta bagi membiayai pembangunan infrastruktur digital, bandar pintar dan kecerdasan buatan di Sarawak, sekali gus membantu merealisasikan projek teknologi yang berdepan kekangan kos permulaan. (Berita Harian, 01:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Dana RM100 juta buka laluan projek digital Sarawak

By Wartawan BH · 20 Oct, 01:22 MYT

KUCHING: Borneo Digital Capital Fund PLT melancarkan dana RM100 juta bagi membiayai pembangunan infrastruktur digital, bandar pintar dan kecerdasan buatan di Sarawak, sekali gus membantu merealisasikan projek teknologi yang berdepan kekangan kos permulaan.

Dana berkenaan dilancarkan pada 16 Oktober 2026 dalam majlis yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sarawak, Timothy Ong Wye Ern, menurut kenyataan media Borneo Digital Capital.

Kenyataan media itu memaklumkan dana berkenaan diwujudkan bagi menyokong sasaran Sarawak mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM282 bilion atau pertumbuhan tahunan lapan peratus menjelang 2030.

Dana berkenaan akan diuruskan Aureus Strategies PE Sdn Bhd, yang diperkenalkan oleh Borneo Digital Capital sebagai syarikat ekuiti persendirian berlesen.

Ia akan memberi tumpuan kepada tiga tonggak pelaburan, merangkumi infrastruktur digital; penyelesaian bandar pintar dan kecerdasan buatan; serta platform pendigitalan dalam sektor tenaga boleh baharu, sistem utiliti dan eMobiliti.

Platform pendigitalan itu bertujuan membantu syarikat teknologi dan pemilik projek yang layak membiayai pelaksanaan projek melalui model langganan komersial, kontrak perkhidmatan serta aturan perkongsian hasil.

Strategi pelaburannya mengutamakan projek yang menggabungkan aliran tunai stabil dengan peluang peningkatan nilai modal dalam jangka panjang, di samping menyokong pengembangan ekosistem digital Sarawak.

Menurut Borneo Digital Capital, semua projek yang disasarkan mempunyai aliran tunai berkontrak yang disokong Kerajaan Sarawak. Kenyataan media berkenaan bagaimanapun tidak memperincikan projek, nilai kontrak atau bentuk sokongan berkenaan.

Borneo Digital Capital turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Borneo Development Capital I PLT untuk meneroka peluang pembiayaan bersama bagi projek reka bentuk dan pembinaan siap guna yang memenuhi syarat.

Rakan Kongsi Am Borneo Digital Capital Fund, Melvin Ong, berkata: "Apabila pelanggan memerlukan teknologi tetapi tidak mampu menanggung keseluruhan kos pendahuluan, idea yang baik hanya akan kekal sebagai idea. Melalui Borneo Digital Fund, kami kini dapat menggabungkan kepakaran teknologi dengan kepakaran pembiayaan supaya lebih banyak projek yang berdaya maju dapat direalisasikan."

Beliau menambah, Sarawak semakin muncul sebagai destinasi strategik bagi pelaburan infrastruktur digital dan tenaga boleh baharu, didorong kekayaan sumber semula jadi serta potensi pembangunan negeri itu.

Borneo Digital Capital Fund distrukturkan sebagai dana ekuiti persendirian tertutup untuk pelabur sofistikated, dengan pelaburan minimum RM250,000. Kenyataan media tidak menyatakan jadual penyaluran dana, senarai penerima pembiayaan atau tempoh pelaksanaan projek.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 01:41 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 01:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    01:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.