Malaysian Attention Engine
Live wire
56General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November54Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare48'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M46Cedera digigit kucing peliharaan dilindungi skim LINDUNG 24 Jam46Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City45Business : Malaysia Must Plan Data Centre Growth To Attract Quality Investments - Anwar45Scammer impersonates Raja Muda’s bodyguard to dupe public over luxury car, land deals: Selangor Palace45DBKL senarai hitam warga tempatan beri lesen perniagaan kepada warga asing - Hannah41Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

SKMM teliti perluas sekatan umur ke permainan dalam talian, kata Fahmi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:40 MYTLatest activity 19 Oct, 11:40Mixedconfidence 60%

What happened

Fahmi Fadzil pada majlis pertukaran dokumen pembiayaan RM5.2 bilion untuk Digital Nasional Berhad (DNB) di Kuala Lumpur, hari ini. KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meneliti mekanisme untuk memperluas sekatan umur kepada pengguna platform permainan dalam talian seperti Roblox bagi meningkatkan keselamatan, khususnya kanak-kanak. (Free Malaysia Today, 11:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·Mixed·2 min read

SKMM teliti perluas sekatan umur ke permainan dalam talian, kata Fahmi

By Faiz Zainudin · 19 Oct, 11:40 MYT

Fahmi Fadzil pada majlis pertukaran dokumen pembiayaan RM5.2 bilion untuk Digital Nasional Berhad (DNB) di Kuala Lumpur, hari ini. KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meneliti mekanisme untuk memperluas sekatan umur kepada pengguna platform permainan dalam talian seperti Roblox bagi meningkatkan keselamatan, khususnya kanak-kanak.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata langkah itu susulan kebimbangan platform seumpamanya disalahgunakan kumpulan ekstremis untuk mendekati dan merekrut kanak-kanak seperti didedahkan bekas timbalan ketua polis negara Ayob Khan Mydin Pitchay

“Perbincangan saya dengan pihak Roblox, sebagai contoh, sejak tahun lalu menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama. Isunya mungkin hanya dari segi pengesahan pengguna dan pengesahan umur pengguna.

“Ayob Khan sebut itu turut merangkumi anak-anak bawah umur. Jadi, waktu ini pihak SKMM sedang mengenakan sekatan umur kepada pengguna media sosial dan kita akan teliti kesesuaian untuk mengembangkan aspek pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) dan pengesahan umur kepada platform seperti Roblox,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis pertukaran dokumen pembiayaan RM5.2 bilion untuk Digital Nasional Berhad (DNB).

Fahmi berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut memantau platform terbabit.

Semalam, Ayob Khan mendedahkan kanak-kanak seawal usia 12 tahun direkrut golongan ekstremis menerusi permainan dalam talian seperti Roblox.

Ayob Khan dilaporkan berkata golongan ekstremis akan mendekati kanak-kanak menerusi platform permainan untuk berkawan sebelum membawa mereka menyertai kumpulan tertutup, di mana mereka diasuh dan dididik untuk melancarkan serangan.

Roblox sendiri telah memperkenalkan sistem akaun berasaskan umur bagi pengguna bawah 16 tahun, iaitu Roblox Kids untuk kanak-kanak berusia lima hingga lapan tahun dan Roblox Select bagi mereka berusia sembilan hingga 15 tahun.

Sistem itu dilancarkan secara global pada Jun lalu dengan kawalan kandungan dan komunikasi berbeza mengikut usia.

Bagi pengguna berusia lima hingga lapan tahun, akses dihadkan kepada permainan dengan tahap kandungan minimum atau ringan, manakala fungsi komunikasi dinyahaktifkan secara lalai.

Pengguna berusia sembilan hingga 15 tahun pula menggunakan akaun Roblox Select yang membenarkan akses kepada kandungan sehingga tahap sederhana, dengan kawalan komunikasi dan tetapan ibu bapa mengikut usia.

Pengguna berusia 16 dan 17 tahun yang melepasi pemeriksaan umur boleh mengakses kandungan lebih matang, termasuk permainan berklasifikasi 16+, manakala pengguna berusia 18 tahun ke atas boleh mengakses permainan terhad selepas melengkapkan pengesahan umur.

Pembiayaan RM5.2 bilion perkukuh DNB

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata pembiayaan bernilai RM5.2 bilion untuk DNB dijangka memperkukuh kedudukan kewangan syarikat itu, sekali gus menyokong kelangsungan operasi dan pembangunan rangkaian 5G negara.

Katanya, pencapaian itu mencerminkan keyakinan sektor perbankan terhadap masa depan DNB, selain kepentingan infrastruktur telekomunikasi dalam memacu ekonomi digital negara.

Beliau berkata rangkaian 5G yang kini mencapai liputan 82.4% kawasan berpenduduk perlu terus diperkasa bagi memenuhi keperluan industri dan pengguna.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 30NEWnow13:00
Latest 13:11 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
19 Oct, 11:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    11:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.