Malaysian Attention Engine
Live wire
51Polis tahan suspek kes kejar mengejar di PJ50Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat44General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption41World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia40General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar40Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m38General : Five Long Lellang Crash Victims Receive Sarawak Honours Posthumously37Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas37World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix36General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income36Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Dekorasi ruang rumah ikut 'kata hati' lebih menyenangkan dan berbaloi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 07:04 MYTLatest activity 10 Oct, 07:04BMconfidence 60%

What happened

Dekorasi ruang rumah ikut 'kata hati' lebih menyenangkan dan berbaloi (Harian Metro, 07:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Dekorasi ruang rumah ikut 'kata hati' lebih menyenangkan dan berbaloi

By Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid · 10 Oct, 07:04 MYT

khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kediaman yang dibeli di Cheras tahun lalu diibaratkan satu rahmat dan kesyukuran buat Fauzi Suhaimi, 36, kerana dapat memiliki rumah idaman yang benar-benar menepati cita rasa dan kehendaknya.

Selepas bertungkus-lumus dan membuat perancangan, dia juga berasa lega serta puas apabila kunci rumah idamannya berada di tangan sendiri.

Kondominium yang dibeli itu juga disifatkannya berbaloi dari segi harga dan bersesuaian dengan keluasannya.

Fauzi yang juga penjawat awam menyifatkan momen pertama kali melangkah masuk sebagai pemilik sah kediaman turut memberikan satu ketenangan jiwa yang berbeza kerana semua usaha dan kesabaran menanti akhirnya berbaloi.

Katanya, dia mendapat kunci rumah juga pada tarikh yang amat bermakna iaitu ketika hari lahirnya dalam Julai 2025.

Menurutnya, proses dekorasi dan pembaikan kediamannya itu pula hanya dapat dimulakan pada September disebabkan kekangan tugas.

"Saya mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyiapkan kerja dalaman seperti mengecat, memasang peralatan elektrik, membaiki perkakasan yang rosak, serta menata rias rumah," katanya.

Dari segi idea dekorasi, Fauzi mendedahkan menggunakan media sosial dan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kediaman yang memenuhi cita rasanya.

Katanya, seluruh proses dekorasi dan penataan rias kediaman miliknya dilakukan secara lakukan (DIY) hasil rujukan serta eksplorasi kendiri.

"Reka bentuk dan konsep ruang banyak diilhamkan daripada carian di media sosial serta platform Internet. Platform AI seperti ChatGPT turut dimanfaatkan sebagai 'pereka dalaman maya' untuk mendapatkan pandangan, idea padanan warna, serta susun atur perabot yang paling praktikal," katanya.

Katanya, dekorasi kediamannya itu juga tidak menggunakan khidmat kontraktor sepenuhnya bagi membolehkan setiap perincian rumah direka mengikut cita rasa dan bajet sendiri.

"Gabungan maklumat digital, bantuan teknologi AI, serta daya kreatif kendiri ini membuktikan bahawa hiasan dalaman yang menarik dan selesa tetap boleh direalisasikan secara berperingkat tanpa perlu berbelanja besar," katanya yang mengambil masa singkat untuk melakukan dekorasi di kediamannya.

Apabila menyentuh soal tema hiasan dalaman, dia juga tidak terikat dengan mana-mana tema atau aliran dekorasi khusus yang tegar seperti minimalis, Scandinavia atau industrial.

Sebaliknya, Fauzi memilih tema yang direka khas berdasarkan 'kata hati sendiri.'

"Keutamaan tertinggi saya bukanlah untuk mengikut trend semasa yang sentiasa berubah, tetapi untuk mewujudkan sebuah ruang yang benar-benar memberi rasa tenang, lapang dan selesa setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah.

"Bagi saya, rumah yang cantik adalah rumah yang mampu memberi terapi minda dan jiwa kepada penghuninya," katanya.

Antara dekorasi yang dilakukan adalah dari segi tema cat dan pencahayaan ruang, pemilihan perabot, ruang tamu dengan elemen alam dan tumbuhan sebenar.

Katanya, dari segi tema cat dan pencahayaan ruang pula, fokus utama diberikan kepada pemilihan warna dan jenis cat yang mempamerkan gaya moden serta mencetuskan suasana tenang.

"Pemilihan tona warna yang tepat disesuaikan dengan rekaan pencahayaan lampu bagi memberikan kesan ruang yang lebih lapang, hangat, dan selesa.

"Gabungan lampu dan warna dinding ini menjadi latar penting dalam menentukan mood keseluruhan kediaman," katanya.

Dari pemilihan perabot dan ruang seperti ruang tamu dan ruang makan, penekanan diberikan kepada pemilihan perabot yang praktikal, namun kekal estetik.

"Pemilihan sofa, meja makan dan susun atur hiasan dinding dibuat secara cermat supaya ruang tidak kelihatan padat, tetapi pada masa yang sama tidak terlalu kosong atau terlampau ringkas.

"Setiap item dipilih untuk melengkapi antara satu sama lain tanpa mengatasi fungsi utama ruang tersebut," katanya.

Tidak terkecuali katanya, elemen alam dan tumbuhan sebenar turut digunakan dalam dekorasi kediaman yang dibelinya itu.

"Menambah seri dan kesegaran dalaman rumah, kehadiran tumbuhan hijau sebenar menjadi pilihan utama berbanding pokok tiruan.

"Pemilihan spesies pokok dibuat berasaskan kelebihan khasnya, sama ada untuk pembersihan udara mahupun memberikan aura semula jadi yang menyegarkan.

"Sentuhan elemen alam ini secara tidak langsung menghidupkan suasana ruang dan memberikan terapi ketenangan jiwa setiap hari," katanya.

Fauzi juga berpuas hati dengan hasil penataan rias kediaman yang telah disempurnakan olehnya setakat ini.

"Apa yang direalisasikan sudah memadai dan berjaya memenuhi piawaian keselesaan serta cita rasa peribadi saya.

"Melihat setiap sudut rumah ditata mengikut bayangan sendiri memberi satu perasaan gembira dan tenang yang sukar digambarkan, ia benar-benar menjadi tempat berteduh menyenangkan jiwa selepas penat bekerja.

"Bagaimanapun, proses mendekorasi rumah bagi saya ialah satu perjalanan yang berterusan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:0009:00
Latest 09:28 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
10 Oct, 07:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.