
Dilema Harimau Malaya buru mata ranking FIFA
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya berjaya melonjak lima anak tangga untuk berada di kedudukan ke-133 dunia berikutan pencapaian membanggakan menerusi rekod tiga kemenangan dan satu keputusan seri sepanjang mengharungi pentas Piala ASEAN FIFA, baru-baru ini. (Berita Harian, 18:43)
Read the reporting
1 report
Dilema Harimau Malaya buru mata ranking FIFA
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya berjaya melonjak lima anak tangga untuk berada di kedudukan ke-133 dunia berikutan pencapaian membanggakan menerusi rekod tiga kemenangan dan satu keputusan seri sepanjang mengharungi pentas Piala ASEAN FIFA, baru-baru ini.
Peningkatan berterusan dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ini membuktikan bahawa skuad negara berada pada landasan yang betul apabila terus konsisten meraih mata berharga menerusi aksi persahabatan antarabangsa.
Namun, peningkatan positif ini tampak meletakkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta barisan kejurulatihan dalam dilema berhubung pemilihan lawan yang tepat untuk aksi antarabangsa yang akan datang.
Pilihan untuk terus mengatur perlawanan menentang pasukan pada ranking lebih rendah menawarkan kelebihan dalam memastikan bekalan mata FIFA terus dipungut secara konsisten demi mengekalkan momentum kemenangan pasukan.
Namun begitu, mengadakan aksi persahabatan menentang skuad gergasi yang pada ranking lebih tinggi mampu memberi pendedahan berkualiti buat para pemain, meskipun terpaksa berdepan risiko tewas dan kehilangan mata ranking yang dikumpul.
Mengulas mengenai situasi itu, pengendali interim skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui percaturan untuk mengatur perlawanan persahabatan menuntut pertimbangan yang teliti berdasarkan keupayaan skuad negara.
Cheng Hoe melihat pertembungan menentang pasukan lebih kuat menawarkan ganjaran mata ranking yang lebih tinggi tetapi ia hadir bersama risiko dan cabaran yang besar.
"Kita kena tengok kemampuan pasukan. Kalau kita mahu kumpul mata, kadang-kadang kita perlu cari pasukan di ranking bawah terlebih dahulu.
"Tetapi jika kita mahu meraih mata yang lebih banyak, kita perlu bersedia menentang pasukan yang berada di kedudukan lebih tinggi daripada kita.
"Sudah tentu ia menjadi satu cabaran tetapi cabaran itulah yang perlu menjadi motivasi untuk kita meraih mata yang lebih besar serta memperbaiki kedudukan ranking pada masa akan datang," katanya.
Setakat ini, skuad Harimau Malaya sah akan menentang pasukan yang berada di ranking lebih tinggi pada jendela antarabangsa bulan depan apabila mereka dijadual berdepan pasukan di tangga ke-96 dunia, China dan Yemen (114) di Guangzhou, China.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.