Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : Tuanku Muhriz: Royal Succession Disputes Must Follow Adat, Law46PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang42Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD didakwa dengan tiga pertuduhan esok42Lelaki dipenjara lapan tahun tampar, pukul, paksa kanak-kanak makan najis40Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?40Penjual buah maut, gerai dirempuh lori balak40General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia40Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok37Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan36Kerajaan berusaha ringankan beban pemandu teksi – PM Anwar36Business : AWC Unit Bags RM39.70 Mln Subcontract For Hyperscale Data Centre35General : Urgent Collective Action Needed To Save Malayan Tiger From Extinction – Lara Ariffin
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Ear, Uso antara 12 anjing pengesan ditugaskan di kawasan luar Terminal 1 dan 2 KLIA

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 19:12 MYTLatest activity 14 Oct, 19:12BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 anjing pengesan (K9) tiga agensi kini ditugaskan di kawasan luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, bagi memperkukuh kawalan keselamatan. (Berita Harian, 19:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Ear, Uso antara 12 anjing pengesan ditugaskan di kawasan luar Terminal 1 dan 2 KLIA

By Nor Azizah Mokhtar · 14 Oct, 19:12 MYT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 anjing pengesan (K9) tiga agensi kini ditugaskan di kawasan luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, bagi memperkukuh kawalan keselamatan.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), memaklumkan penugasan itu sebahagian usaha meningkatkan kawalan keselamatan di kedua-dua terminal berkenaan.

"Sebanyak 12 anjing pengesan itu adalah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

"Buat masa ini, penugasan K9 tertumpu di parameter luar (kawasan luar) kedua-dua terminal, termasuk laluan tepi jalan di aras ketibaan dan pelepasan," menurut AKPS, hari ini.

Terdahulu, AKPS menerusi hantaran Facebook, memaklumkan pihaknya melaksanakan Op Sundang (Percubaan) dengan kerjasama PDRM sejak 5 Oktober lalu.

Operasi itu membabitkan dua anjing pengesan PDRM, Ear dan Uso, bagi menjalankan rondaan pencegahan di sekitar KLIA.

"Penugasan Unit K9 ini dilaksanakan secara terancang dan terkawal dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia, di samping memastikan keperluan keselamatan serta keberkesanan operasi pengesanan di pintu masuk negara terus menjadi keutamaan.

"Keupayaan K9 ini berperanan sebagai pelengkap kepada tapisan pengesanan sedia ada ( complementary detection layer ), khususnya bagi perkara yang tidak dapat dikesan melalui mesin pengimbas," menurut hantaran itu.

AKPS memaklumkan, kerjasama dengan PDRM mencerminkan komitmen berterusan untuk memperkukuh kawalan keselamatan, mencegah ancaman, dan memastikan KLIA kekal sebagai pintu masuk negara yang selamat.

Untuk rekod, pelaksanaan operasi itu adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan KLIA susulan kelulusan 17 syor penambahbaikan keselamatan oleh Jemaah Menteri, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, AKPS diberi tanggungjawab menerajui tiga syor utama, termasuk pengukuhan Unit K9 yang dijadualkan dilaksanakan dalam tempoh enam hingga 24 bulan.

Sementara itu, KLIA menerusi hantaran di Facebook, memaklumkan buat masa ini, penugasan K9 tertumpu di kawasan luar kedua-dua terminal di aras ketibaan dan pelepasan kedua-dua terminal.

"Langkah ini diambil sebagai usaha berterusan dalam memperkasakan kawalan keselamatan lapangan terbang.

"Sepanjang tempoh penempatan, Unit K9 akan bertugas secara langsung bersama pengendali dan petugas yang bertauliah," menurut hantaran itu.

Pihak pengendali lapangan terbang turut memberi jaminan bahawa aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan orang awam kekal menjadi keutamaan sepanjang penugasan berkenaan.

Selain itu, katanya pengurusan Unit K9 juga dipastikan sentiasa teratur dan terkawal ketika rondaan dijalankan.

Sebelum ini, hantaran di Threads yang memaparkan kehadiran anjing pengesan berhampiran pintu masuk KLIA menarik perhatian pengguna media sosial.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow20:00
Latest 20:07 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 19:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    19:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.