
Ekonomi berkembang, penciptaan pekerjaan mahir masih terbatas — KRI Views
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus pekerjaan yang dijana tiga enjin utama pertumbuhan ekonomi negara iaitu penggunaan swasta, pelaburan dan eksport, masih terdiri daripada pekerjaan separa serta rendah kemahiran. (Berita Harian, 04:29)
Read the reporting
1 report
Ekonomi berkembang, penciptaan pekerjaan mahir masih terbatas — KRI Views
KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus pekerjaan yang dijana tiga enjin utama pertumbuhan ekonomi negara iaitu penggunaan swasta, pelaburan dan eksport, masih terdiri daripada pekerjaan separa serta rendah kemahiran.
Data yang dipetik dalam kertas pandangan Khazanah Research Institute (KRI Views) menunjukkan 85.5 peratus pekerjaan yang dijana menerusi penggunaan swasta berada dalam kategori separa dan rendah kemahiran, berbanding hanya 14.5 peratus pekerjaan mahir.
Bagi pelaburan, 82.4 peratus pekerjaan yang terhasil adalah separa dan rendah kemahiran, manakala pekerjaan mahir hanya merangkumi 17.6 peratus.
Corak hampir sama dicatat bagi eksport apabila 85.4 peratus pekerjaan yang dijana adalah separa dan rendah kemahiran, berbanding 14.6 peratus pekerjaan mahir.
Sebaliknya, penggunaan awam menunjukkan komposisi yang lebih seimbang apabila 47.1 peratus pekerjaan yang dijana adalah pekerjaan mahir dan 52.9 peratus lagi separa serta rendah kemahiran.
Kertas bertajuk 'Beyond the Middle-Income Trap: Does Malaysia's Growth Model Deliver Broad-Based Prosperity?' menyifatkan corak itu sebagai petunjuk bahawa struktur ekonomi Malaysia masih cenderung kepada aktiviti bernilai tambah lebih rendah.
Penulisnya, Khor Hui Min, memetik kajian Centre for Future Labour Studies yang mendapati tiga enjin pertumbuhan utama — pelaburan, eksport dan penggunaan swasta — secara keseluruhan menjana kira-kira tiga pekerjaan separa atau rendah kemahiran bagi setiap satu pekerjaan mahir.
Keadaan itu menjadi lebih penting ketika Malaysia semakin hampir kepada status negara berpendapatan tinggi kerana peningkatan pendapatan negara perlu disertai pertumbuhan permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi dan bergaji lebih baik.
Kertas berkenaan menyatakan permintaan buruh Malaysia masih tertumpu kepada pekerjaan separa mahir yang merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan pekerjaan, sedangkan permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi tidak berkembang pada kadar sama.
Menurut penulis, ketidakpadanan itu berpotensi mengehadkan pertumbuhan gaji, mendorong penghijrahan bakat dan meningkatkan jurang antara kemahiran dimiliki pekerja dengan pekerjaan yang tersedia.
Kertas itu turut mengaitkan keadaan berkenaan dengan model pertumbuhan berasaskan pelaburan asing apabila kemasukan modal dan aktiviti pengeluaran tidak semestinya disertai pemindahan pekerjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), harta intelek serta pekerjaan bernilai tinggi ke Malaysia.
Justeru, cabaran kepada Malaysia bukan sekadar mencipta lebih banyak pekerjaan, tetapi mengubah komposisi pekerjaan supaya pertumbuhan ekonomi turut menghasilkan lebih banyak pekerjaan mahir, produktif dan bergaji tinggi.
Perubahan itu penting bagi memastikan peningkatan pendapatan negara diterjemahkan kepada peluang pekerjaan berkualiti yang lebih luas, sekali gus membolehkan manfaat pertumbuhan dinikmati tenaga kerja secara lebih menyeluruh.
From: kamarulzaidi
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian04:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.