Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok56Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri45Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ45CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM1045Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu44Labourer claims trial to raping, sexually assaulting teenage stepdaughter44Indonesia’s President Prabowo Subianto Sued Over Recurring Forest Fires & Toxic Haze | WeirdKaya44RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202744US to livestream Army execution of Fort Hood shooter, Pentagon official says43World : 17 Rescued, One Missing After Cargo Ship Sinks Off Indonesia's East Java42Melintas jalan secara tiba-tiba, lelaki maut dirempuh kereta
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 2027

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:35 MYTLatest activity 9 Oct, 09:35BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Persatuan sukan berharap pembentangan Belanjawan 2027 hari ini membawa berita baik kepada pembangunan sukan negara, khususnya dalam aspek persiapan atlet berprestasi tinggi dan penganjuran pertandingan. (Utusan Malaysia, 09:35)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 2027

By FADHILUL IZMEL ISHAK · 9 Oct, 09:35 MYT

PETALING JAYA: Persatuan sukan berharap pembentangan Belanjawan 2027 hari ini membawa berita baik kepada pembangunan sukan negara, khususnya dalam aspek persiapan atlet berprestasi tinggi dan penganjuran pertandingan.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, sukan kurang popular seperti angkat berat wajar diberi perhatian, terutama apabila atletnya berjaya menyumbang pingat kepada negara di pentas antarabangsa.

“Kita menantikan berita baik supaya persatuan sukan yang memberi pingat kepada negara diutamakan, selain penstrukturan untuk menganjurkan sukan berprestasi tinggi dapat dibuat.

“Penganjuran sukan di peringkat kebangsaan perlu diberi perhatian kerana terdapat penglibatan yang ramai. Kalau sekarang ini dengan RM30,000 diberikan untuk menganjurkan kejohanan, memang perit.

“Kalau diberikan RM50,000 hingga RM70,000, penganjuran tersebut akan menjadi lebih bermakna,” katanya.

Ayub turut berkata, prestasi atlet Malaysia di peringkat Komanwel, Asia dan dunia membuktikan sukan negara mempunyai potensi untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa.

Katanya, pelaburan baharu dalam sektor sukan juga penting bagi membangunkan modal insan, khususnya melahirkan lebih ramai atlet pelapis berkualiti.

“Jadi, ini adalah satu landasan yang tepat kepada kerajaan untuk membuat pelaburan baharu dalam sukan bagi meningkatkan modal insan, terutama atlet baharu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hasan berkata, peningkatan peruntukan amat diperlukan bagi membolehkan atlet negara menyertai lebih banyak pertandingan antarabangsa sebagai persiapan menghadapi temasya besar termasuk Sukan Olimpik 2028.

Katanya, pendedahan menerusi pertandingan di luar negara penting untuk meningkatkan pengalaman dan tahap persaingan atlet sebelum Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2027.

“Apabila kita ada Olimpik, kita perlukan banyak pertandingan. Kita perlu menyertai pertandingan di luar negara untuk memberikan pendedahan kepada atlet.

“Sebelum Sukan SEA dan selepas itu, kita mahu lihat perkembangan mereka. Jadi, mungkin kalau bajet ini dinaikkan, alhamdulillah,” katanya.

Dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM580 juta bagi pembangunan sukan negara. – UTUSAN

The post Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 2027 appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:0011:0012:00
Latest 12:45 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 09:35 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 2027
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.