
Ekosistem kewangan Islam Malaysia perlu berubah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
DALAM ucapan sempena Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR 2026), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya kewangan Islam terus inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat domestik dan global. (Utusan Malaysia, 09:00)
Read the reporting
1 report
Ekosistem kewangan Islam Malaysia perlu berubah
DALAM ucapan sempena Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR 2026), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya kewangan Islam terus inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat domestik dan global.
Tiga saranan Perdana Menteri itu wajar disambut tetapi nilainya akan ditentukan oleh pelaksanaan kelak.
Antara inti pati ucapan tersebut ialah seruan ke arah menyuburkan kepimpinan pemikiran syariah. Anwar mahukan kepimpinan bukan sahaja berakar umbi pada tradisi tetapi responsif dan tangkas mendepani perkembangan semasa.
Keseimbangan ini penting kerana dua kegagalan itu sama-sama berisiko. Misalnya, industri yang terlalu berhati-hati akan ketinggalan, manakala industri yang terlalu ghairah berinovasi boleh terpesong daripada roh syariah. Cabaran yang mungkin timbul ialah bagaimana mahu bergerak pantas tanpa mengorbankan kesahihan sedia ada.
Anwar turut mengingatkan peranan Malaysia dalam ekosistem kewangan Islam global bukan sekadar mengejar prestij dan kedudukan tetapi membangunkan sistem berpaksikan etika, keadilan dan ihsan. Peringatan ini wajar berikutan kedudukan dalam indeks global sangat membanggakan. Ukuran sebenar kejayaan ialah sejauh mana sistem kewangan Islam meringankan beban rakyat dan menyokong satu sistem ekonomi yang adil.
Anwar juga menegaskan perlunya memperkukuh kerjasama strategik antara cendekiawan, pengawal selia, institusi kewangan dan pihak berkepentingan untuk duduk semeja menjayakan resolusi tersebut. Tanpa kerjasama ini, jurang antara resolusi, fatwa dan produk akan terus ada.
Beberapa cabaran mungkin perlu ditangani terlebih dahulu. Pertama, inovasi yang diimpikan mesti berpaksikan maqasid syariah, bukan sekadar meniru produk konvensional dengan kontrak yang berlainan. Kerajaan pernah menyuarakan hasrat untuk menggalakkan produk kewangan Islam yang adil, berakar daripada nilai Islam sebenar dan tidak menjadi cerminan produk konvensional.
Kedua, inovasi memerlukan permintaan. Penyelidikan dan inovasi yang tulen sukar dihasilkan tanpa permintaan daripada umat Islam sendiri. Sebagai contoh, literasi kewangan Islam perlu dipertingkatkan berikutan pengguna masih tidak memahami perbezaan antara kedua sistem ekonomi dan supaya mereka dapat membuat penilaian yang baik selain menggunakan perkhidmatan dengan telus.
Ketiga, penggunaan teknologi yang canggih menimbulkan persoalan syariah baharu. Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) lebih menumpukan pendigitalan sistem kewangan seperti tokenisasi aset, mata wang digital bank pusat dan peluasan sandbox. Ini menyebabkan cendekiawan dan ahli akademik dalam bidang kewangan Islam perlu memahami istilah teknologi dan konsepnya supaya keputusan syariah dapat dibuat dalam keadaan tepat serta mutakhir.
Seruan Anwar supaya kewangan Islam kekal inovatif ialah satu seruan yang wajar dan betul. Yang masih belum teruji ialah bagaimana produk ini memberi manfaat kepada rakyat dan berpaksikan syariah. Jika kerjasama dapat diterjemahkan antara ahli akademik, pengawal selia dan industri, maka kita dapat melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang terkehadapan dalam bidang kewangan Islam. – UTUSAN
MUHAMMAD ANDZARWIR ZAKARIA
Pelajar Ijazah Doktor Falsafah,
di Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
The post Ekosistem kewangan Islam Malaysia perlu berubah appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.