
El Nino paksa penternak jual lembu murah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SENSUNTEPEQUE: Kemarau teruk akibat fenomena El Nino menyebabkan penternak di El Salvador terpaksa menjual lembu pada harga murah berikutan keadaan ternakan yang semakin kurus dan berisiko mati kerana kekurangan makanan. (Utusan Malaysia, 18:18)
Read the reporting
1 report
El Nino paksa penternak jual lembu murah
SENSUNTEPEQUE: Kemarau teruk akibat fenomena El Nino menyebabkan penternak di El Salvador terpaksa menjual lembu pada harga murah berikutan keadaan ternakan yang semakin kurus dan berisiko mati kerana kekurangan makanan.
Pemilik ternakan kini berusaha mendapatkan wang daripada penjualan lembu masing-masing sebelum haiwan itu mati akibat kelaparan.
Persatuan Penternak Lembu El Salvador memberitahu AFP, kira-kira 60 peratus sektor penternakan lembu negara itu terjejas akibat kemarau teruk.
Keadaan itu diburukkan oleh fenomena El Nino Super yang menyumbang kepada peningkatan suhu global ke paras tertinggi.
Koridor Kering menerima kesan paling ketara kerana kawasan itu sangat terdedah kepada perubahan iklim serta fenomena El Nino, fenomena semula jadi yang mengganggu corak iklim dan cuaca.
Ketiadaan rumput menyebabkan penternak terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk membeli makanan tambahan bagi memastikan ternakan mereka terus hidup.
Permintaan terhadap makanan ternakan turut melonjakkan harga apabila kos satu muatan jagung seberat kira-kira 1.5 tan meningkat daripada AS500 (RM2,042) tahun lalu kepada kira-kira AS900 (RM3,676), menurut seorang penternak.
Kos makanan yang semakin tinggi turut menjejaskan nilai jualan lembu.
Penternak lembu, Misael Novoa, berkata seekor lembu kurus yang biasanya boleh dijual pada harga kira-kira AS$500 kini hanya bernilai separuh daripada jumlah itu berikutan kos tinggi yang perlu ditanggung pembeli untuk memeliharanya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran fenomena El Nino dijangka terus menguat sebelum mencapai kemuncak pada Disember.
The post El Nino paksa penternak jual lembu murah appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia18:18
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.